Home » All Post, Headlines

Saham Felda Bawah Paras Harga Penyenaraian – Kecelakaan yang Sudah Dijangka!

Submitted by on November 12, 2012 – 5:14 PMNo Comment

Kenyataan Terbuka
12 November 2012

Saham Felda Bawah Paras Harga Penyenaraian – Kecelakaan yang Sudah Dijangka!

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengulangi pendirian awal betapa bahayanya tindakkan kerajaan menyenaraikan kepentingan Felda di pasaran saham. Kerugian seperti yang berlaku hari ini sudahpun dijangka dan kerajaan terlalu biadap terhadap rakyat khususnya warga peneroka apabila terus memperdagangkan Felda di pasaran saham.

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini buat pertama kalinya diniagakan di bawah RM4.55 paras penyenaraian iaitu pada harga RM4.53. Warga Felda juga sebenarnya sudah mula mengalami kerugian sejak saham Felda merundum di bawah paras RM4.70 mengambil kira kos dan faedah pinjaman. Harga pasaran bagi saham Felda hari ini yang berlegar sekitar RM4.50 – RM4.59 pula menjadi mimpi ngeri buat peneroka apabila ditinggalkan rugi tanpa jalan keluar.

SAMM dengan tegas menyatakan bahawa warga Felda telah ditipu oleh kerajaan pemerintah. Tiada jaminan untuk tidak rugi dalam pasaran saham namun kerajaan telah menghasut warga Felda supaya menurunkan tandatangan pinjaman. Akhirnya hanya segelintir pemilik saham ‘express’ mendapat keuntungan luar biasa apabila menjual saham ketika harganya tinggi, manakala pemegang saham majoriti terpaksa menanggung rugi apabila ‘pertahan’ saham Felda kerana ini sahaja harta warga peneroka untuk dipertahankan.

SAMM menggesa satu badan siasatan perlu diwujudkan untuk melihat siapakah yang mengaut keuntungan luar biasa di sebalik FGVH diniagakan. Apakah benar Isa Samad mendapat RM puluhan juta dalam masa yang singkat?

Bailout Lonjakkan Harga Saham

Jika September lalu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah berkorban membeli sebanyak 2.2juta saham demi melonjakkan harga saham FGVH, kini lembaga mana pula yang akan bailout FGVH? Apakah giliran Lembaga Tabung Haji? Sedangkan KWSP sendiri tidak jelas justifikasinya untuk membeli saham FGVH yang dijangka tidak mampu bangkit berdasarkan pasaran dan kehendak semasa, termasuklah dari sudut fundamental yang tidak stabil. Wang simpanan pekerja seolah-olah telah dilaburkan ke longkang dan wang mengalir tanpa kembali – rugi!

Sekiranya rakyat punya hak untuk menentukan ke mana halatuju pelaburan KWSP, KWAP, Tabunghaji, Perkeso, LTAT, maka sudah pasti pelaburan ke atas Felda adalah halatuju yang paling dielakkan kerana kerugian yang sudah dijangka ini.

Itulah padahnya sebuah kerajaan Umno yang ego, bongkak, takbur, bodoh sombong yang tidak mendengar kata yang akhirnya menyusahkan orang yang sudah sedia susah. Keringat warga peneroka zaman berzaman membangun Felda umpama tidak lagi bernilai di mata Kerajaan. Apakah ini maksud sebenar ertikata membela rakyat? Apatah lagi ‘jauh panggang dari api’ untuk membela melayu kerana hanya kroni dan konglomerat sahaja yang dibela setakat ini.

SAMM juga menggesa keras supaya kerajaan bertanggungjawab di atas kerugian yang dialami dan bertindak segera mengeluarkan FGVH dari pasaran saham dengan kadar casualties paling minima. Tidak guna lagi menunggu kerana kerugian dan kecelakaan ini sememangnya sudah dijangka dan terus dijangkakan.

Bagi SAMM, tidak mustahil warga peneroka akan merempat di tanah sendiri akhirnya dan terpaksa menjadi kuli bekerja keras untuk terus memberi kekayaan  kepada ‘tuan tanah’ yang baru merujuk kepada pemilik mutlak saham Felda apabila ianya ‘diselamatkan’. Benarlah tekaan rakyat mengenai nasib Felda, dimulakan oleh Tun Razak, dan diakhiri oleh Najib Tun Razak. Begitulah nasib Felda.

Sekian

 

Azlan Ishak

Penyelaras Kebangsaan
Segmentasi Felda dan Luar Bandar
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Kenyataan berkaitan di sini

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.