Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media, SAMM

SAMM berdiri pertahan PDRM berintegriti, desak Hishammuddin ‘dicutikan’, siasatan terbuka harus dijalankan.

Submitted by on November 30, 2012 – 3:42 PMNo Comment

Kenyataan Terbuka
30 November 2012

SAMM berdiri pertahan PDRM berintegriti, desak Hishammuddin ‘dicutikan’, siasatan terbuka harus dijalankan.

SAMM pandang serius kenyataan Musa Hassan dalam sebuah Sidang Media di PJ Hilton Selangor, yang mendedahkan Hishamuddin dan beberapa pimpinan Bn campur tangan dalam urusan/siasatan Polis termasuk arahan bebaskan penjenayah yang jelas telah melanggar sekyen 4(1) akta polis(67). Tindakkan sebegini meletakkan Malaysia dalam krisis keyakinan dari dalam dan luar negara

SAMM dengan ini mendesak :

1. Hishamuddin (jika ada maruah) harus bercuti sendiri sehingga siasatan terbuka selesai. Kabinet wajib arahkan dia bercuti atau digantung tugas.

2. Siasatan terbuka harus segera dilakukan dan bukan setakat Hishamuddin tetapi semua pimpinan Bn yang terlibat ganggu tugas polis harus dihadapkan ke muka pengadilan.

3. Musa harus jangan menyorok dan harus tampil dengan membuat pendedahan penuh. Jika dia tidak bersalah dan dengan niat baik perlu mendedahkan tanpa ragu-ragu, yakinlah rakyat akan mempertahankannya.

4. Gangguan seperti ini bukan kes terpencil sudah menjadi rahsia terbuka selama ini. SAMM dengan ini juga mendesak Ketua Polis Negara sekarang untuk berani tampil berdiri bersama rakyat pertahankan integriti polis malaysia dengan menolak semua campur tangan serta tekanan politik oleh pemimpin Bn.

5. Kes pembunuhan Altantuya harus dijadikan contoh bagaimana 2 anggota polis kini merengkok penjara menunggu hukuman gantung sedangkn bos politik yang mengarahkan mereka terus bebas rakus nikmati kekuasaan.

6. PDRM harus bertindak menjaga rakyat mengikut arus perundangan bukan jaga parti politik regim ikut arahan mereka semata-mata. IPMC harus ditubuhkan segera.

SAMM bersama dengan pihak polis yang berintegriti.

Sekian

che’GuBard
SAMM Kebangsaan

Selepas buat laporan polis di IPD Kuala Terengganu 30Nov

No. report Gong Badak/004806/12 jam 12tghari
Laporan polis di buat oleh Rafzi Ramli, Penyelaras SAMM Terengganu
Dengan satu demo ringkas dihadiri 30 anggota SAMM T’ganu

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.