Home » Headlines, N.Sembilan

SAMM Bersama Peniaga Tuntut MPPD Pulangkan HAK Persatuan

Submitted by on November 19, 2012 – 10:29 AMNo Comment

Kenyataan Terbuka
18 November 2012

SAMM Bersama Peniaga Tuntut MPPD Pulangkan HAK Persatuan

Port Dickson – Semalam 17 November, ahli Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Port Dickson telah bertindak mengutip sendiri wang tapak pasar malam di Pasar Malam Batu 4 Port Dickson setelah selama ini wang tapak dikutip oleh pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Menurut Pengerusi Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Port Dickson, En Mohd. Arshad Jalani, sebelum ini wang sewa tapak memang dikutip oleh pihak persatuan namun setelah ajk persatuan yang lama tidak dipilih semula pada Mesyuarat Agong yang lepas, bekas pengerusi telah mengumumkan bahawa sewa tapak pasar malam akan dikutip oleh MPPD. 

“Kami amat kesal dengan tindakan pengerusi lama yang jelas membelakangkan keputusan mesyuarat agong bertarikh 15.07.2012 yang lepas. Beliau sebenarnya tiada autoriti untuk membuat sebarang keputusan secara peribadi, namun ini yang berlaku. Keputusan membenarkan MPPD mengutip sewa tapak pasar malam menyebabkan persatuan tidak ada sebarang dana untuk menjaga kebajikan ahli persatuan. Tindakan bekas pengerusi juga jelas membelakangkan undang-undang kerana tidak membentangkan penyata kewangan persatuan semasa mesyuarat agong persatuan yang lepas. Ini menyebabkan AJK persatuan yang baru tidak mengetahui kedudukan kewangan persatuan yang terkini.”

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merasakan perkara ini tidak wajar dipolitikkan kerana ini membabitkan kebajikan para peniaga kecil yg berniaga. Tindakan MPPD ini jelas menzalimi pihak persatuan dan peniaga kecil itu sendiri. Oleh kerana tiada dana, nasib para peniaga kecil ini akan terabai. 

Bayangkan jika berlaku kematian atau musibah pada para peniaga, kepada siapa mereka ini nak mengadu? Siapa yang bertanggungjawab terhadap masalah mereka? Justeru, tindakan MPPD ini boleh dipersoalkan. 

MPPD ini mengutip sewa bagi pihak siapa? Apa status kewangan terkini duit kutipan sewa tapak para peniaga pasar malam ini? Ini semua boleh dipersoalkan dan akhirnya saya yakin bahawa pihak persatuan yang akan dipersalahkan.  

SAMM memberi jaminan akan berusaha menyediakan peguam sekiranya pihak persatuan ingin mengambil sebarang nasihat undang-undang di atas segala tindakan mereka.

Selain SAMM N.Sembilan melalui SAMM P.Dickson, turut hadir memberi sokongan kepada persatuan peniaga dan para penjaja ialah Dewan Pemuda PAS Teluk Kemang, Sekretariat Selamatkan Pantai Kita dan juga SAMM Melaka.

En. Affandy Malek selaku Setiausaha persatuan pula berkata bahawa bermula hari ini (17.11.2012), pihak persatuan akan mengambil alih kutipan wang sewa tapak pasar malam daripada pihak MPPD. 

“Ini merupakan langkah awal kemenangan pihak persatuan apabila hari ini tidak nampak kelibat penguatkuasa MPPD mengutip duit sewa tapak dari para peniaga. Namun perjuangan ini tidak harus selesai di sini sahaja  kerana banyak lagi perkara yang perlu dilakukan demi menjaga kebajikan para peniaga. Kami juga akan membuka kaunter aduan di tapak pasar malam ini dimana kaunter ini bertujuan untuk menerima sebarang aduan atau cadangan untuk penambahbaikan demi menjamin kebajikan para peniaga. Para peniaga boleh  berhubung secara terus dengan pihak kami di kaunter ini.” 

Menurut Affandy lagi, pihak persatuan akan memaklumkan secara rasmi tindakan mengutip sewa kepada pihak MPPD dan akan berbincang tentang status terkini pasar malam. Pihak persatuan juga akan memohon kembali wang kutipan oleh MPPD yang dianggarkan mencecah RM10,000 daripada pihak MPPD.  

“Pihak persatuan juga akan meminta penyata kewangan daripada Pengerusi Persatuan sebelum ini  untuk dibentangkan kepada ahli dan saya amat berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secara baik.”

SAMM juga memanjangkan rasa kesal banyak pihak khususnya yang terlibat dalam kes ini yang kecewa dengan Ahli Parlimen Teluk Kemang dan Adun Bagan Pinang yang tidak turun bersama membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Ketika SAMM membawa penjaja yang bermasalah ini dan warga pantai teluk kemang ke parlimen untuk mengenengahkan masalah yang tidak berkesudahan, seorang wartawan telah bertanya kepada ahli parlimen Teluk Kemang dan ahli parlimen itu berkata kehadiran warga teluk kemang itu tidak ikut protokol, tidak maklum awal padanya dan isu itu isu negeri bukan isu parlimen. Begitu sombong dan angkuh sekali.

Sememangnya bukan rahsia lagi MP Teluk Kemang dan Adun Bagan Pinang tidak turun kawasan dan susah ditemui.

Sekian,


Norazizi Abd Aziz

Pengarah Sekretariat SAMM Kebangsaan

 


Sebarang pertanyaan, boleh hubungi :

Norazizi A. Aziz                 : 012 3696474 (SAMM)

Affandy Malek                  : 012 2818966 (Setiausaha Persatuan)

Mohd. Arshad Jalani       : 019 6005412 (Pengerusi Persatuan)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.