Home » All Post, Headlines, Melaka

SAMM Melaka : Terus Mendesak Sehingga Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka Di Reformasikan dan Dirombak Secara Total.

Submitted by on November 4, 2012 – 2:18 AM2 Comments

Sebentar tadi baru selesai program permulaan gerak kerja mendapat tandatangan penyokong dan pencinta bola sepak Negeri Melaka. Tandatangan ini adalah tanda sokongan rakyat Melaka terhadap desakan dan ketetapan yang SAMM Melaka gariskan ketika sidang media yang berlangsung pada  30 Oktober yang lalu di perkarangan stadium Hang Jebat Melaka. Tandatangan penyokong dan pencinta bola sepak Melaka ini akan kita kepilkan bersama Memorandum yang akan kita serahkan kepada Kerajaan Negeri Merlaka, Dato’ Ali Rustam selaku Ketua Menteri Melaka khusunya yang akan diatur pada akhir bulan ini. Gerak kerja ini akan diteruskan sepanjang bulan ini.

 

Sidang Media SAMM Melaka di Perkarangan Stadium Hang Jebat Melaka.

Sebelum ini SAMM Melaka telah pun mengadakan Sidang Media dan menggariskan 6 desakan dan ketetapan agar Kerajaan Negeri Melaka membuat rombakan secara serius dan menyelamatkan Bola Sepak Negeri Melaka dari terus merudum. Ketetapan tersebut adalah seperti berikut :

1) Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA) mesti bebas dari cengkaman politik dan kami berpendirian menolak sebarang unsur politik dalam mengemudi MAFA. (Presiden MAFA, Dato’ Haji Md Yunos (Adun Ayer Molek) telah gagal dan tidak layak mengemudi Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA) dan beliau harus letak jawatan dengan segera). Presiden MAFA haruslah secara serius menjiwai Sukan bola sepak dan bukannya di atas kepentingan tertentu.

2) Pengarah Teknikal yang telah di hantar oleh FAM untuk membantu MAFA telah gagal membawa Pasukan Bola Sepak Negeri Melaka ke tahap yang diharapkan dan beliau juga harus letak jawatan dan berundur dengan segera.

3) Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA) harus dirombak secara total iaitu dengan membawa masuk bebarapa orang bekas pemain bola sepak Melaka ke dalam pihak pengurusan MAFA.

4) Perkukuhkan Liga Bola Sepak Domestik.

5) Mencungkil bakat baru bagi setiap daerah di negeri Melaka. (MAFA harus turun padang ke setiap Daerah).

6) Mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negeri Melaka.

Untuk mendapat maklumat lengkap tentang kenyataan tersebut boleh layari : – http://anakmudamalaysia.com/2012/11/kenyataan-samm-melaka-rombak-dan-selamatkan-persatuan-bola-sepak-negeri-melaka-mafa-dengan-segera/

Mendapat Liputan Dari Media Elektronik Astro Awani & TV3

Mendapat Liputan Utusan Malaysia (BIL 260)

Turut Mendapat Liputan SINAR HARIAN (BIL 2239)

Menghiasi berita bahasa Cina

Rentetan dari Sidang Media tersebut Ketua Menteri Melaka dan Presiden MAFA ada mengeluarkan beberapa kenyataan berturut-turut setiap hari berhubung isu dan kemelut bola sepak Negeri Melaka sehingga terdapat kenyataan “Melaka akan meminta derma” . Di sini sekali lagi SAMM Melaka menegaskan kami sudah jelik dengan kenyataan yang diulang-ulang skripnya dari tahun ke tahun. Apa yang diperlukan di sini adalah hasil ke arah kemajuan Bola Sepak Negeri Melaka. Seandainya tiada sebarang tindakan  SAMM Melaka akan terus menyusun beberapa program termasuk demonstrasi jika perlu bagi terus mendesak agar reformasi terhadap Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) dijalankan.

“Perubahan Harus Di Desak & Kembalikan Kegemilangan Bola Sepak Negeri Melaka”

ZURAIDI BIN ABDULLAH

Penyelaras SAMM Negeri Melaka

[email protected]

2 Comments »

  • Rusydan says:

    Aku rasa MAFA harus dirombak .MAFA seharusnya merupakan sebuah badan yang bebas dan ditadbir oleh golongan profesional .MAFA juga tak payah lagi hantar skuad untuk bermain dalam liga .Sepatutnya MAFA adalah sebuah badan bebas untuk menubuhkan kelab-kelab bola sepak di seluruh negeri Melaka.Sepatutnya liga Malaysia ditandingi oleh kelab-kelab bola sepak berasaskan sesebuah bandar bukannya pasukan negeri .Bandar-bandar di negeri Melaka seperti penduduk Bandaraya Melaka boleh tubuhkan Bandaraya Melaka FC dan bermain di Stadium Hang Tuah.Disebabkan Bandaraya Melaka besar ,kita boleh tubuhkan satu lagi kelab iaitu Melaka’94 FC atau Telekom Melaka FC(sebagai contoh)dan bermain di Stadium Hang Jebat.Melaka’94 FC atau Telekom Melaka FC mewakili penduduk DUN Paya Rumput,Bandar Ayer Keroh dan DUN Ayer Keroh ,DUN Bukit Baru serta DUN Ayer Molek.Selebihnya penduduk di Bandaraya Melaka akan diwakili dan meyokong Bandaraya Melaka FC.Penduduk Bandar Alor Gajah boleh menubuhkan Alor Gajah FC ,penduduk Bandar Masjid Tanah boleh menubuhkan Masjid Tanah FC ,penduduk Bandar Jasin boleh menubuhkan Jasin FC ,penduduk Bandar Merlimau boleh menubuhkan Merlimau FC.Dengan cara penubuhan kelab berdasarkan bandar ,barulah banyak kelab dapat diwujudkan dan dapat meraih sokongan penonton kerana terdapat nama bandar pada sesebuah kelab .Dengan cara ini juga, kita akan dapat mencungkil bakat baru dalam skala yang banyak .Contohnya ,jika negeri Melaka mempunyai kelab bola sepak seperti yang telah dinyatakan ,negeri Melaka sudah mempunyai 6 buah kelab bola sudah tentulah bilangan pemain yang dilahirkan lebih ramai berbanding dengan hanya satu pasukan negeri.Negeri-negeri lain juga boleh berbuat demikian degan mewujudkan kelab bola sepak berasaskan bandar.Bilangan bandar di Malaysia banyak.Jangan harapkan pasukan negeri yang terlalu sedikit iaitu 14 pasukan.Lepastu pulak ada pasukan kelab tetepi tidak mewakili sesebuah bandar dan tidak menamakan kelab itu dengan nama bandar sebab itulah orang tidak datang menyokong di stadium.Mewujudkan kelab bola sepak berasaskan bandar telah lama diamalkan di liga-liga besar dan maju seperti EPL,La Liga ,Bundesliga dan Serea A.Sebelum 90an ,Jepun juga ada liga tetapi ditandingi oleh kelab-kelab korperat yang bukan berasaskan bandar sama seperti di Liga Malaysia yang sedia ada sekarang.Tetapi pada 90an Jepun telah mengubah sistem liga mereka dan mewujudkan kelab bola sepak berasaskan bandar dan J League dilangsungkan .Liga profesional mereka,J league juga diurus oleh sebuah badan bebas dan bukannya JFA.Setiap tahun bilangan kelab bola sepaknya bertambah.Boleh lawati laman web J League.Bukannya seperti di Malaysia ,banyak kelab dah mati contohnya MPPJ FC ,Public Bank FC dan banyak lagi.Sepatutnya MPPJ FC dinamakan Petaling Jaya FC barulah ada orang Petaling Jaya sokong .Kita sepatutnya berani mengubah sistem liga kita dengan menubuhkan kelab bola sepak berasaskan bandar.Dengan banyak kelab diwujudkan barulah liga kita boleh jadi maju .Jangan terkejut jika liga super kita mempunyai sekurang-kurangnya 18 buah kelab dan wujudnya liga kedua ,ketiga dan mungkin keempat sekiranya banyak kelab diwujudkan .Yang paling penting sekali FAM ke ,kelab bola sepak ke mestilah diuruskan oleh golongan yang profesional tenteng bola sepak.Cadangan aku ini adalah inspirasi daripada idea orang lain tentang mewujudkan liga yang profesional dan ada persaingan seperti di liga di Jepun.Liga sesebuah negara adalah cerminan kemajuan dan pembangunan bola sepak sesebuah negara.

  • Rusydan says:

    Aku rasa MAFA harus dirombak .MAFA seharusnya merupakan sebuah badan yang bebas dan ditadbir oleh golongan profesional .MAFA juga tak payah lagi hantar skuad untuk bermain dalam liga .Sepatutnya MAFA adalah sebuah badan bebas untuk menubuhkan kelab-kelab bola sepak di seluruh negeri Melaka.Sepatutnya liga Malaysia ditandingi oleh kelab-kelab bola sepak berasaskan sesebuah bandar bukannya pasukan negeri .Bandar-bandar di negeri Melaka seperti penduduk Bandaraya Melaka boleh tubuhkan Bandaraya Melaka FC dan bermain di Stadium Hang Tuah.Disebabkan Bandaraya Melaka besar ,kita boleh tubuhkan satu lagi kelab iaitu Melaka’94 FC atau Telekom Melaka FC(sebagai contoh)dan bermain di Stadium Hang Jebat.Melaka’94 FC atau Telekom Melaka FC mewakili penduduk DUN Paya Rumput,Bandar Ayer Keroh dan DUN Ayer Keroh ,DUN Bukit Baru ,DUN Ayer Molek dan DUN Telok Mas.Selebihnya penduduk di Bandaraya Melaka akan diwakili dan meyokong Bandaraya Melaka FC.Penduduk Bandar Alor Gajah boleh menubuhkan Alor Gajah FC ,penduduk Bandar Masjid Tanah boleh menubuhkan Masjid Tanah FC ,penduduk Bandar Jasin boleh menubuhkan Jasin FC ,penduduk Bandar Merlimau boleh menubuhkan Merlimau FC.Dengan cara penubuhan kelab berdasarkan bandar ,barulah banyak kelab dapat diwujudkan dan dapat meraih sokongan penonton kerana terdapat nama bandar pada sesebuah kelab .Dengan cara ini juga, kita akan dapat mencungkil bakat baru dalam skala yang banyak .Contohnya ,jika negeri Melaka mempunyai kelab bola sepak seperti yang telah dinyatakan ,negeri Melaka sudah mempunyai 6 buah kelab bola sudah tentulah bilangan pemain yang dilahirkan lebih ramai berbanding dengan hanya satu pasukan negeri.Negeri-negeri lain juga boleh berbuat demikian degan mewujudkan kelab bola sepak berasaskan bandar.Bilangan bandar di Malaysia banyak.Jangan harapkan pasukan negeri yang terlalu sedikit iaitu 14 pasukan.Lepastu pulak ada pasukan kelab tetepi tidak mewakili sesebuah bandar dan tidak menamakan kelab itu dengan nama bandar sebab itulah orang tidak datang menyokong di stadium.Mewujudkan kelab bola sepak berasaskan bandar telah lama diamalkan di liga-liga besar dan maju seperti EPL,La Liga ,Bundesliga dan Serea A.Sebelum 90an ,Jepun juga ada liga tetapi ditandingi oleh kelab-kelab korperat yang bukan berasaskan bandar sama seperti di Liga Malaysia yang sedia ada sekarang.Tetapi pada 90an Jepun telah mengubah sistem liga mereka dan mewujudkan kelab bola sepak berasaskan bandar dan J League dilangsungkan .Liga profesional mereka,J league juga diurus oleh sebuah badan bebas dan bukannya JFA.Setiap tahun bilangan kelab bola sepaknya bertambah.Boleh lawati laman web J League.Bukannya seperti di Malaysia ,banyak kelab dah mati contohnya MPPJ FC ,Public Bank FC dan banyak lagi.Sepatutnya MPPJ FC dinamakan Petaling Jaya FC barulah ada orang Petaling Jaya sokong .Kita sepatutnya berani mengubah sistem liga kita dengan menubuhkan kelab bola sepak berasaskan bandar.Dengan banyak kelab diwujudkan barulah liga kita boleh jadi maju .Jangan terkejut jika liga super kita mempunyai sekurang-kurangnya 18 buah kelab dan wujudnya liga kedua ,ketiga dan mungkin keempat sekiranya banyak kelab diwujudkan .Yang paling penting sekali FAM ke ,kelab bola sepak ke mestilah diuruskan oleh golongan yang profesional tenteng bola sepak.Cadangan aku ini adalah inspirasi daripada idea orang lain tentang mewujudkan liga yang profesional dan ada persaingan seperti di liga di Jepun.Liga sesebuah negara adalah cerminan kemajuan dan pembangunan bola sepak sesebuah negara.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.