Home » All Post, Headlines, Melaka, SAMM

SAMM Melaka : Ulang Tahun Pertama SAMM Melaka Di Sambut Dengan Penuh Semangat Juang Anak Muda.

Submitted by on November 15, 2012 – 2:20 AMNo Comment

13 November 2012 genap setahun usia  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM Melaka) di lancarkan di bumi Hang Jebat Melaka.  Setahun yang lalu SAMM Melaka telah dilancarkan di Kompleks Perniagaan Al Azim, Bukit Baru Melaka oleh Penyelaras SAMM Kebangsaan Che’guBard dan tetamu istimewa saudara Hishamudin Rais.

Pelancaran SAMM Melaka genap setahun (13 November 2011)  yang lalu.

Sempena sambutan ulang tahun yang pertama yang pertama, SAMM Melaka telah merangka dengan menganjurkan program ceramah yang dinamakan sebagai Himpunan Rakyat ABU : Jelajah Bongkar Skandal Scorpene. Lokasi program tersebut ialah di Peringgit Jaya iaitu  berada di tengah Bandar Melaka dan di dalam kawasan Parlimen Kota Melaka.

Menghiasi Sinar Harian bertarikh 19 oktober  2012

Pada 19 Oktober yang lalu buat kali pertama SAMM Melaka  mengumumkan agenda program tersebut iaitu dengan mengambil tarikh 13 November dan program akan diadakan bersama dengan Jelajah Skandal Scorpene. Bermula dari tarikh tersebutlah pelbagai serangan telah dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab kepada SAMM Melaka. Ugutan demi ugutan telah dilakukan semata-mata supaya program itu dibatalkan dan tidak berjaya.

Sewaktu dipanggil ke IPD Melaka Tengah berhubung program Rapat Rakyat ABU : Jelajah Bongkar Skandal Scorpene.

Sehinggalah pada 12 November yang lalu Penyelaras SAMM Melaka, Zuraidi Abdullah telah diarahkan ke IPD Melaka Tengah berhubung program tersebut.

Sila Klik : – http://anakmudamalaysia.com/2012/11/tiada-jaminan-polis-tidak-halang-program-samm-rapat-rakyat-abu-jelajah-scorpene-siri-melaka-diteruskan/

Poster Program Rapat Rakyat ABU : Jelajah Bongkar Skandal Scorpene.

Tidak cukup dengan itu sebarang bentuk bahan hebahan terutama poster program Rapat Rakyat ABU : Jelajah Bongkar Skandal Scorpene mula menjadi sasaran. Tidak cukup dengan menggunakan Majlis Perbandaran, terdapat juga individu yang ditugaskan memantau seluruh negeri Melaka  berhubung poster tersebut dan dimusnahkan. Apa yang mendukacitakan dan didalam pemerhatian kita, hanya poster ceramah menjadi sasaran mereka, sebarang bentuk iklan termasuk pinjaman “along”  langsung tidak diganggu dan dimusnahkan.  Ini menyebabkan sumber hebahan kepada golongan masyarakat yang agak ketinggalan dari segi IT  makluman tentang program tersebut tidak sampai kepada mereka.

Bermula jam 4.00 petang hujan lebat mula turun namun untuk terus menyebarkan informasi ia langsung tidak mematahkan semangat komrad SAMM Melaka dalam  usaha menampal kembali poster terus dijalankan walaupun di dalam hujan.

Dari kri Goh Han, Ustaz Kamarudin, Law Bing Haw, Che’guBard dan Haris Ibrahim

Hujan lebat mula berhenti sekitar jam 8.15 malam dan tepat jam 9.00 malam program bermula di dalam keadaan hujan renyai-renyai. Program dipengerusikan oleh Komrad SAMM Melaka  iaitu saudara Norzaiful dan pentas ceramah mula dipanaskan dengan ucapan dari Ketua AMK Melaka iaitu saudara Law Bing Haw, diikuti dengan saudara Goh Han (Penasihat Undang-undang DAPSY Melaka) iaitu bagi menggantikan YB Tey Kok Kiew yang tidak dapat hadir, Seterusnya oleh Ustaz kamarudin Sidek (Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka), Saudara Khalid Ismath (Timbalan Presiden KAMI) dan saudara Haris Ibrahim (Aktivis ABU/Peguam). Sebelum meneruskan program dengan ucapan dan pendedahan isu Scorpene pentas diisi dengan bacaan doa selamat oleh Komrad Shahrul sempena setahun SAMM Melaka. Seterusnya pentas disambung dengan ucapan yang cukup bersemangat dan menggamatkan suasana oleh Penyelaras SAMM Kebangsaan saudara Che’guBard.

Khalid Ismath berkongsi pengalaman getir mahasiswa dalam memperjuangkan pendidikan percuma.

Haris Ibarhim mengingatkan hadiran tindakan yang perlu diambil jika penipuan pilihanraya berlaku.

Che’guBard dengan ucapan yang penuh bersemangat dan menghangatkan suasana.

Di dalam program itu juga SAMM Melaka membuka kaunter pendaftaran keahlian kepada anak muda yang ingin menyertai SAMM dan ia mendapat sambutan.

Antara anak muda yang ingin menyertai perjuangan SAMM.

Usaha Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM Melaka) dalam menuntut dan mendesak supaya Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA) dirombak  tetap diteruskan. SAMM Melaka juga membuka kaunter Tandatangan memorandum tanda sokongan supaya MAFA dirombak dan memorandum tersebut akan diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam.

Che’guBard, Khalid Ismath dan saudara Haris Ibrahim turut menurun tandatangan sokongan suapaya MAFA dirombak.

Gerai SAMM Melaka yang turut menjual cenderahati keluran SAMM Melaka.

Program berkakhir sekitar jam 12.15 pagi. Dianggarkan tetamu yang hadir mencecah 1000  ribu orang. Semoga SAMM Melaka terus maju jaya dan berjuang bagi mencapai aspirasi rakyat ke arah Melaka dan Malaysia yang lebih baik. Tahniah buat seluruh komrad dan kepada yang membantu.  Perubahan itu harus didesak.

Sila klik : –

http://anakmudamalaysia.com/2012/11/siri-ke-4-jelajah-scorpene-rapat-rakyat-abu-di-melaka-tetap-meletup-walapun-dihalang/

http://www.keadilandaily.com/jelajah-bongkar-scorpene-himpun-1000-rakyat-melaka-walau-tanpa-jaminan-polis/

“Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata”

Zuraidi bin Abdullah

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM Melaka).

[email protected]

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.