Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media

SAMM Menawarkan Diri Untuk Roboh Kamera Haram AES di Selangor Secara Percuma

Submitted by on November 19, 2012 – 2:08 PMNo Comment

Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia
19 November 2012

SAMM Menawarkan Diri Untuk Roboh Kamera Haram AES di Selangor Secara Percuma

Hanya berbaki tujuh hari lagi daripada 14 hari tempoh yang diberi kepada Kementerian Pengangkutan untuk menanggalkan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang secara haram di Selangor.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu, jika kamera tersebut gagal diturunkan sehingga tempoh yang ditetapkan berakhir pada 25 November ini, kerajaan negeri akan mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk robohkannya.

Justeru, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menawarkan diri untuk merobohkan kamera haram tersebut secara sukarela dan percuma. Tawaran SAMM ini juga mampu mengurangkan kos yang bakal dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan mahupun pihak kementerian untuk mengeluar tender atau mengarah petugas khas untuk aksi mengalih kamera haram tersebut.

Bagi SAMM, adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk menaikkan apa-apa struktur tanpa kebenaran pihak berkuasa kerana ia turut membabitkan soal keselamatan awam, apatah lagi struktur tersebut juga mengganggu keselesaan awam. Sekiranya struktur awam ini menyebabkan kecelakaan, siapakah yang akan bertanggungjawab sedangkan ia dipasang secara haram?

Maka SAMM sangat berbesar hati untuk memastikan struktur awam ini dialihkan dengan kerjasama mana-mana pihak yang ingin bersama. SAMM juga mempunyai kemahiran dan punya tenaga anak muda yang cukup untuk menurunkan kamera AES dengan selamat.

SAMM juga sekali lagi mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat kerana membuktikan isu kamera AES ditangani dengan serius, lebih-lebih lagi apabila kamera tersebut dinaikkan secara haram. SAMM melihat ini sebagai bukti rakyat diutamakan berbanding kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa berpihak kepada konglomerat dan kroni dalam banyak perkara.

Sekian

Edy Noor Reduan

Pengarah Propaganda SAMM

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.