Home » All Post, Pahang

SAMM Pahang Turut Sertai Menyokong Perarakan Hijau Kuantan-Parlimen

Submitted by on November 13, 2012 – 5:31 PMNo Comment

SAMM Pahang turut Sertai Menyokong Perarakan Hijau Kuantan-KL

40 aktivis mulakan perarakan hijau Kuantan-KL

Kira-kira 40 orang menyertai perarakan 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur untuk mendesak kerajaan supaya tidak membenarkan loji nadir bumi Lynas beroperasi dan untuk ketengahkan isu-isu alam sekitar yang lain.

NONEDiketuai Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack, kumpulan itu berkumpul di Padang MPK 1 Kuantan pada kira-kira 8 pagi sebelum bergerak, di tengah-tengah sorakan kira-kira 400 penyokong.

Antara pesertanya ialah 12 pribumi Sarawak, yang membantah projek empangan hidroelektrik di negeri mereka. Turut menyertainya ialah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH – Liau Kok Fah dan Wong Chin Huat.

Sembahyang dan kelapa

Turut mendapat perhatian ialah seorang peserta lelaki berusia 60 tahun yang akan cuba berjalan berkaki ayam sepanjang perjalanan tersebut.

NONEMenurut ketua publisiti Himpunan Hijau, Lee Chean Chung, sebelum perarakan bermula, sembahyang secara Islam, Buddha dan Kristian telah diadakan untuk mendoakan keselamatan mereka.

Kumpulan itu juga berhenti di sebuah kuil Hindu di kemudiannya untuk memecahkan 50 kelapa sebagai persembahan sempena Deepavali, yang disambut hari ini.

“Liao dan Chin Huat juga memecahkan lapan biji kelapa sebagai simbol lapan tuntutan BERSIH untuk reformasi pilihan raya,” kata Lee.

Lee berkata kumpulan dijangka berjalan sejauh 30km hari ini dan mereka akan menginap di Gambang pada malamnya. Beliau menjangkakan cuaca baik hari ini.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.