SAMM Selangor Mengecam Tindakan Tidak Bertamadun – Cabut dan Bakar Bendera Parti Lawan
Kenyataan Umum
3 November 2012
SAMM Selangor Mengecam Tindakan Tidak Bertamadun – Cabut dan Bakar Bendera Parti Lawan
Perbuatan ini menunjukkan tidak bermoral dan tidak bertamadun. Sebagai anak muda yang tinggal di dalam negeri yang maju seharusnya anak muda bersama-sama mengangkat negeri Selangor dengan menyumbangkan buah fikiran dan kepakaran dalam segala bidang.
Anak muda tidak sepatutnya diperkudakan demi kepentingan politik sempit oleh mana-mana pihak. Anak muda juga dinasihatkan tidak melakukan provokasi dan membuat kacau dalam sebarang program yang dilakuan oleh mana-mana pihak.
Bangkitlah Anak muda dengan menyertai atau mengadakan perhimpunan aman dengan isu-isu yang releven seperti jika berlaku penghinaan terhadap agama, penyelewengan dan rasuah pemimpin negara dalam isu scorpene ( Kapal Selam ), kontrak benih padi yang ‘ter’seleweng sebagai contoh.
Walaupun provokasi berlaku, Siri Jelajah Merdeka Rakyat tetap mendapat sambutan di luar jangkaan yang bermula dari Parlimen Bandar Tun Razak (Pekan Sg Besi), Parlimen Tg. Karang (Warung Ibu Nasi Ambeng), Parlimen Sg. Besar (Tapak Uptown Sg Besar), Parlimen Sabak Bernam (Bagan Nakhoda Omar) dan Parlimen Hulu Selangor (Felda Sg. Tengi,Bukit Beruntung, Pekan Rasa & Pusat Bandar Baru Batang Kali)

*** Provokasi yang dilakukan oleh sekumpulan Anak Muda yang diupah serta didalangi Ketua-ketua regim.
SAMM Selangor mengulangi pendirian supaya anak muda berhenti melakukan tindakan yang tidak bertamadun dan bersama-sama memberi kerjasama memajukan negeri ke tahap yang lebih tinggi. SAMM Selangor amat yakin bahawa peristiwa begini tidak akan berulang ditempat lain diseluruh Negara kerana anak muda dapat menilai sesuatu perkara sebelum bertindak melaksanakan sesuatu perkara.
Kesimpulannya, SAMM Selangor menyeru Generasi Muda supaya menghentikan segala tindakan yang boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri, keluarga, bangsa dan Negara. Sebagai Golongan Anak Muda yang merupakan Pewaris Kepimpinan Negara haruslah lebih matang dalam melakukan apa jua tindakan dan pelaksanaan sesuatu perkara.