Home » Headlines, Pahang

SAMM-SUARAM Tembusi Parlimen Pekan Bongkar Isu Scorpene

Submitted by on November 12, 2012 – 3:00 AMNo Comment

10 Nov; Program Jelajah Scorpene siri ke-3 anjuran SAMM dan SUARAM peringkat negeri Pahang bermula hari ini. Sesi pertama, taklimat isu skandal scorpene berlangsung dengan peguam dari kumpulan SUARAM memberi taklimat sebelum sesi soal jawab bermula. Jelajah ini turut dikenali sebagai ‘LeTourDeScorpene’.

Siri pertama berlangsung di Pulau Pinang manakala siri kedua berlangsung di Johor. Siri Jelajah Scorpene ke-3 yang menjengah negeri Pahang ini mempunyai signifikasinya yang tersendiri kerana sesi ceramah isu scorpene berlabuh di parlimen Pekan. Bagi SAMM Pahang, keberanian ini cukup radikal apabila pembongkaran skandal melibatkan Najib Razak yang kubunya di Pekan.

 Fadiah Nadwa peguam SUARAM menyampaikan taklimat

Sesi soal-jawab, Dato Fauzi juga turut menyumbangkan soalan

Sebahagian pegawai penerangan dari PAS, PKR dan DAP negeri Pahang yang hadir sedia untuk melebarkan input hari ini

Pada sebelah malam hari yang sama, bertempat di Taman Indera Sempurna yang terletak dalam Parlimen Pekan, Jelajah Scorpene peringkat negeri Pahang diteruskan dengan sesi ceramah khas isu Scorpene. SAMM-SUARAM menembusi parlimen milik Najib Razak dengan pendedahan panas Skandal Scorpene.

Penyelaras KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) Sdr Wan Fauzdin Turut Berucap

Dato Fauzi juga tidak melepaskan peluang mengulas isu Scorpene

Saudari Murni wakil dari Suaram membongkar satu persatu rahsia yang boleh mengheret Najib ke muka pengadilan.

Ketua Penyelaras SAMM Chegubard turut mengambil peluang membidas Najib Razak di lamannya sendiri. Isu Scorpene adalah mengenai rasuah penyelewengan yang melibatkan bilion duit rakyat.

Sambutan yang sangat baik di Parlimen Pekan walaupun kawasan tersebut kali pertama adakan ceramah

Sebahagian daripada lebih 700 pengunjung. Syabas SAMM Pahang di atas cabaran penganjuran di Parlimen Pekan

Jelajah Scorpene siri ke-3 peringkat negeri Pahang berakhir dengan jayanya. Selepas ini Jelajah Scorpene akan bergerak ke negeri Melaka pada tarikh 13 November.

Laporan bergambar disediakan oleh

Kamarul Hatta

Penyelaras SAMM Pahang

Siri pertama di Pulau Pinang sila klik di sini

Siri kedua di Johor sila klik di sini – Lebih 3 ribu hadirin meriahkan Jelajah Scorpene di Johor

Promo siri seterusnya Melaka di sini

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.