Home » Headlines, Perak

Santai “Jom Lepak Bersama MB Nizar dan Srikandi Aishah” Tembusi Dewan ‘Umno’ Dengan Jayanya!

Submitted by on November 15, 2012 – 2:06 PMNo Comment

13 November: Setelah lebih seminggu berusaha akhirnya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perak telah berjaya menganjurkan sebuah program yang memberi manfaat kepada masyarakat khususnya golongan muda. Program berlangsung di Dewan Serbaguna Meru A1, Ipoh.

Program “Jom lepak” adalah satu program berkonsepkan santai sambil mendengar bicara, pandangan dan pendapat daripada pimpinan dan hadirin juga berpeluang berkongsi pendapat dan juga melontar pertanyaan. Program perkongsian maklumat dua hala ini tidak dilangsungkan secara formal, tidak punya protokol yang mewah, tiada meja khas, bertujuan untuk mengeratkan jurang antara pemimpin dan rakyat setempat selain untuk mengenali secara lebih dekat. Ia berlangsung secara bersahaja, berucap dan bersoal-jawab.

Untuk siri pertama program santai “Jom Lepak”, SAMM Perak memanggil Siti Aishah Srikandi PKR di atas faktor beliau mempunyai daya penarik untuk golongan setempat manakala Dato Seri Ir Nizar dipilih sebagai tetamu undangan keranan imej beliau sebagai MB Perak bagi Pakatan Rakyat perlu terus dipertahan.

Segala bentuk promosi majlis sudah dihebahkan dengan sebaran maklumat melalui laman sosial, banting dan handbill. Program bermula pada jam 3 petang dan dimulakan dengan tayangan video pengenalan SAMM dan Bersih. Majlis dipengerusikan oleh Pegawai Seranta SAMM Perak, saudara Hairul Amir Sabri, ucapan aluan pula dimulakan dengan YB Yunus.

Saudari Siti Aishah memulakan ucapan awal pada jam 3:30 petang dengan mengingatkan peranan anak muda dan masyarakat supaya tidak terpedaya dengan mehnah dan gula-gula rejim. Jam 4 petang pula giliran DS Nizar berucap mengingatkan hadirin tentang pentingnya pengurusan yang bersih dan tidak menyeleweng. Jam 4:30 petang majlis diteruskan dengan sesi dialog dan kebanyakan warga dewan mengambil bahagian dalam sesi ini. Sekurang-kurangnya 8 soalan diajukan menyentuh tata kesusilaan dan pentadbiran negeri yang berhemah.Majlis berlangsung selama tiga jam dan menutup majlis pada jam 6 petang dengan ucapan penghargaan kepada tetamu undangan dan warga dewan serta komrad SAMM Perak dan juga SAMM Perak Utara yang turut hadir memberi sokongan.  Hadirin juga disajikan dengan jamuan ringan.

Perjalanan aktiviti dikendalikan oleh komrad SAMM Perak secara keseluruhannya dari awal hingga ke akhir, memberikan semangat untuk maju dalam aktiviti dan program anak muda akan datang. Kekuatan tenaga, dana dan material adalah hasil usaha seluruh komrad SAMM Perak dengan perbelanjaan sendiri, sebagaimana resam perjuangan anak muda SAMM. SAMM Perak juga mengucapkan ribuan terima kasih buat mediaperak.net yang turut memberi bantuan mobilisasi dan hebahan online.

Program Jom Lepak berjaya dengan kehadiran diluar jangkauan iaitu lebih 300 pengunjung hadir memenuhi dewan. Dewan Serbaguna Meru A1 yang sebelumnya menjadi tempat aktiviti buat Umno selama ini telah berjaya ditembusi dan ditawan oleh SAMM Perak.

Sekian

Laporan disedia oleh;

Zulfadhli A’dil

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perak

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.