Home » Headlines, SAMM, Terengganu

Santai Ryder Muda SAMM: Siri Ke-3 Terengganu Menampilkan UAI | 30Nov | 4.30ptg | Teluk Ketapang | K.Tganu

Submitted by on November 22, 2012 – 8:29 PMNo Comment

JOM PAKAT MARI BLAKE SANTAI ANAK MUDA !HAK ANDA & KUASA POLIS!!!..BARISAN PEGUAM AKAN MEMBERI PENERANGAN DAN ANDA JUGA BOLEH BERDIALOG DGN PEGUAM PENAMPILAN KHAS US AZAHAR IDRUS YG AKAN BERBICARA DR SUDUT AGAMA (RUGI ARR KLU DOK MARI,PAKAT TAHU ARR HOK KITE)

Kenyataan Media

23 November 2012

Santai Ryder Muda SAMM: “Hak Anda dan Kuasa Polis”

Program santai yang bersifat dialog dua hala antara peserta dengan peguam-peguam yang hadir tentang hak seseorang jika ditahan polis dan perkara lazim yang dilalui oleh penunggang bila berdepan polis. Di atas rasa tanggungjawab sebagai peneraju gerakan anak muda, SAMM melihat program seperti ini wajar dianjur memandangkan tidak ramai penunggang yang tahu tentang hak mereka selain dari kerap ditipu atau di’pau’ oleh anggota polis. Oleh demikian, SAMM Terengganu juga tidak melepaskan peluang untuk menganjur edisi Terengganu.

Santai Anak Muda inisiatif SAMM ini menjadi tarikan kepada ryder muda untuk dihadiri kerana banyak pendedahan dan kesedaran penting khususnya mengenai undang-undang jalan raya yang selama ini begitu ‘taboo’ tidak diambil tahu. Istimewa program ini ialah setiap ryder muda diberikan ruang dan peluang untuk mengajukan soalan secara bertulis ataupun secara lisan. “Hak Anda dan Kuasa Polis” menjadi tema yang penting demi kesedaran awam tentang hak mereka sebagai penunggang/pemandu di jalanraya dan apakah kuasa yang ada pada pihak polis.

Diilhamkan dari Rapat Kebangsaan SAMM Jun 2012, Program Santai Ryder Muda edisi Terengganu merupakan siri ke-3 di mana dua siri pertama berlangsung di Alor Setar dan Parit Buntar dengan kehadiran yang cukup memberangsangkan. Lebih istimewa kerana kehadiran adalah majoriti anak muda lantas ia melengkapkan agenda SAMM untuk memperkasa anak muda dengan pengetahuan mengenai hak dan undang-undang sebenar khususnya di jalanraya. Santai Ryder Muda SAMM telah disusun untuk diteruskan lagi ke destinasi seluruh negara.

Selain menampilkan Chegubard dan peguam sosial, Santai Ryder Muda SAMM edisi Terengganu digegarkan dengan penampilan tokoh ternama yang juga menjadi ikon anak muda iaitu Ustaz Azhar Idrus(UAI), yang akan mengetuai sebuah konvoi bersama ratusan ‘ryder’ yang berakhir di tapak program. Seterusnya UAI akan memberi pencerahan yang merangkumi perihal permotoran serta pengalaman lazim berhadapan polis ketika di jalanraya dari kaca mata beliau dan pengunjung juga berpeluang melontar soalan kepada UAI.


Di akhir program, sebuah VCD yang sangat informatif akan diedar kepada hadirin dengan harga kos untuk memastikan kelansungan pengedaran VCD tersebut kepada orang ramai khususnya melalui program Santai Ryder Muda SAMM: “Hak Anda dan Kuasa Polis”


Informasi Program


Tarikh: 30 November 2012
Masa: 4.30pm – 7.00pm
Lokasi: Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu
Pertanyaan: 019-9809974

Tentatif Ringkas

4.30 pm: Menyambut konvoi
4.45 pm: Kata aluan Chegubard
5.00 pm: Pencerahan peguam jemputan dan sesi soal jawab
5.45 pm: Pencerahan UAI dan sesi soal jawab
6.30pm: Pengedaran VCD “Hak Anda dan Kuasa Polis”

SAMM Terengganu menjemput kehadiran semua untuk memeriahkan majlis “Santai Ryder Muda SAMM”, dan turut memohon pengamal media membantu hebahan.

Rafzi Ramli
Penyelaras Negeri Terengganu
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.