Home » All Post, Headlines, SAMM, Terengganu

Siri ke-3 Santai Ryder Muda SAMM: Hak Anda & Kuasa Polis Dihadiri Hampir 2 Ribu Anak Muda Terengganu

Submitted by on November 30, 2012 – 6:37 PMNo Comment

Santai Ryder Muda SAMM edisi Terengganu : Hak Anda dan Kuasa Polis

Syabas diucapkan kepada SAMM Terengganu di atas penganjuran yang sangat berjaya ini. Program santai yang bersifat dialog dua hala antara peserta dengan peguam-peguam yang hadir tentang hak seseorang jika ditahan polis dan perkara lazim yang dilalui oleh penunggang bila berdepan polis.

Di atas rasa tanggungjawab sebagai peneraju gerakan anak muda, SAMM melihat program seperti ini wajar dianjur memandangkan tidak ramai penunggang yang tahu tentang hak mereka selain dari kerap ditipu atau di’pau’ oleh anggota polis. Oleh demikian, SAMM Terengganu juga tidak melepaskan peluang untuk menganjur edisi Terengganu.

Berlangsung dengan jayanya apabila hampir 2 ribu anak muda bermotorsikal dan berkereta hadir mendengar taklimat dan soal jawab Santai Ryder Muda SAMM.

Istimewa program ini ialah setiap ryder muda diberikan ruang dan peluang untuk mengajukan soalan secara bertulis ataupun secara lisan. “Hak Anda dan Kuasa Polis” menjadi tema yang penting demi kesedaran awam tentang hak mereka sebagai penunggang/pemandu di jalanraya dan apakah kuasa yang ada pada pihak polis.

Selain menampilkan Chegubard dan peguam sosial, Santai Ryder Muda SAMM edisi Terengganu digegarkan dengan penampilan tokoh ternama yang juga menjadi ikon anak muda iaitu Ustaz Azhar Idrus(UAI), yang akan mengetuai sebuah konvoi bersama ratusan ‘ryder’ yang berakhir di tapak program. Seterusnya UAI akan memberi pencerahan yang merangkumi perihal permotoran serta pengalaman lazim berhadapan polis ketika di jalanraya dari kaca mata beliau dan pengunjung juga berpeluang melontar soalan kepada UAI.

Laporan lanjut akan menyusul…

MALAM INI PULA JELAJAH SCORPENE SIRI KE-5 AKAN BERLANGSUNG!!! KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT;

Jelajah Scorpene SAMM-Suaram Siri Ke-5 Kuala Terengganu | 30Nov | 9mlm | Bukit Tunggal |

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.