Home » Headlines, Melaka

Siri ke-4 Jelajah Scorpene – Rapat Rakyat ABU di Melaka Tetap Meletup Walaupun Dihalang!!

Submitted by on November 14, 2012 – 10:16 AMNo Comment

Maka tamatlah fasa pertama Jelajah Scorpene setelah berlangsung 3 siri sebelum ini. Hampir seribu hadirin datang ke program anjuran SAMM Melaka iaitu SAMM RAPAT RAKYAT ABU : Jelajah Bongkar Skandal Scorpene bertempat di Peringgit Jaya (berhampiran Petronas dan AEON Jusco), Melaka bermula sekitar jam 9.00 malam tadi.

Sehari sebelumnya, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Melaka telah diarah bertemu dengan Timbalan Ketua Polis Melaka berkenaan program SAMM Rapat Rakyat ABU: Le Tour De Scorpene peringkat negeri Melaka. Hasil pertemuan menunjukkan jalan keluar buat SAMM Melaka apabila pihak polis tidak beri kebenaran tanpa alasan yang kukuh, namun sebagai anak muda berani SAMM Melaka tetap dengan pendirian untuk terus menganjurkan program berlandaskan semangat demokrasi dan bertekad bahawa undang-undang zalim harus dilanggar oleh anak muda. Ikuti laporan pertemuan dengan pihak polis di sini.

Walaupun tiada jaminan keselamatan daripada pihak polis, walaupun hujan turun dengan lebat dua jam sebelum program berlangsung, namun ia tidak sesekali mematahkan semangat juang SAMM Melaka. Akhirnya program rapat rakyat ABU: Jelajah Scorpene berjaya menghimpun hampir seribu rakyat negeri Melaka dari pelbagai lapisan masyarakat hadir mendengar pendedahan demi pembongkaran isu Scorpene.

Antara penceramah malam tadi ialah Pengerusi SAMM, CheguBard; aktivis ABU, Peguam Haris Ibrahim; aktivis pelajar, Khalid Ismath; Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Ust Kamarudin Sidek dan ADUN Bandar Hilir, Tey Kok Kiew.

Gambar sekitar program seperti di bawah ini.

 Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Ust Kamarudin Sidek
 Kelihatan CheguBard dan Peguam Haris Ibrahim serius berbincang. ADUN Bandar Hilir, Tey Kok Kiew di sebelah kiri sekali.
Aktivis pelajar, Khalid Ismath 

 

Aktivis ABU, Peguam Haris Ibrahim 

Pengerusi SAMM, CheguBard

Siri pertama di Pulau Pinang sila klik di sini

Siri kedua di Johor : Lebih 3 ribu hadirin meriahkan Jelajah Scorpene di Johor

Siri ketiga: SAMM-SUARAM Tembusi Parlimen Pekan Bongkar Isu Scorpene

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.