Home » Headlines, Perak

Siri Kedua Santai Ryder Muda SAMM Peringkat Negeri Perak Disambut Hebat!

Submitted by on November 13, 2012 – 5:14 PMNo Comment

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perak Utara telah menjayakan kesinambungan sebuah program Santai Ryder Muda SAMM : “Hak Anda Dan Kuasa Polis” yang juga merupakan siri kedua selepas SAMM Kedah/Perlis melancarkan siri pertama pada bulan September lalu.

Santai Ryder Anak Muda peringkat negeri Perak ini telah diadakan di gerai restoran Abd Razak Bin Taridi, yang terletak di Tg. Piandang, Parit Buntar pada 11 November 2012. Berlangsung hampir tiga jam, program tersebut telah dihadiri oleh Ketua Penyelaras SAMM, Che’GuBard, Peguam Baldip Singh merangkap Naib Pengerusi Keadilan Perak dan Ahmad Azhar Shahrin selaku Naib YDP Pas Kawasan Parit Buntar. Turut hadir meraikan program anak muda ini ialah Adun Kuala Kurau, YB Yunus Jamhari.

Program ini telah berjaya menarik minat anak-anak muda seramai lebih kurang 120 anak muda walaupun keadaan cuaca kurang baik di sebelah awalnya. Turut hadir memeriahkan majlis, sekumpulan anak muda dalam satu mini-konvoi dari ipoh yang diketuai oleh Zulfadhli mewakili SAMM Perak.

Santai Anak Muda inisiatif SAMM ini menjadi tarikan kepada ryder muda untuk dihadiri kerana banyak pendedahan dan kesedaran penting khususnya mengenai undang-undang jalan raya yang selama ini begitu ‘taboo’ tidak diambil tahu. Istimewa program ini ialah setiap ryder muda diberikan ruang dan peluang untuk mengajukan soalan secara bertulis ataupun secara lisan.

Antara soalan yang telah diajukan kepada peguam berkaitan dengan undang-undang jalanraya termasuklah perihal reman oleh pihak polis, komen-komen dalam facebook dan twitter yang berkait dengan akta hasutan, saman AES, saman parking dan kompaun-kompaun jalan raya.

SAMM Perak Utara turut membuka kaunter penerangan dan pendaftaran komrad baru SAMM, juga jualan t-shirt serta edaran risalah kesedaran ‘Asalkan Bukan Umno’. Di akhir program semua yang hadir menikmati jamuan ringan yang disediakan penganjur. Hidangan adalah berupa teh tarik dan roti ‘Najib’.

Sekian

Dilaporkan oleh

Saiful Azhan

Penyelaras SAMM Perak Utara

Santai Ryder Muda SAMM siri pertama peringkat negeri Kedah/Perlis klik di sini

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.