Home » Headlines, Melaka, SAMM

Sorotan dari SIDANG MEDIA SAMM Melaka sempena program RAPAT RAKYAT ABU : Jelajah Skandal Scorpene di Melaka

Submitted by on November 10, 2012 – 9:27 PMNo Comment

Dari kiri Cikgu Yusof Wahab, Zuraidi, Haji Safian dan Freddie S.H Lim

Tepat jam 10.00 pagi tadi satu sidang media telah diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Keadilan Taman Asean Melaka. Sidang Media diadakan sempena jemputan kepada seluruh rakyat yang cintakan keadilan dan kebenaran untuk bersama di program penerangan mengenai isu Skandal Pembelian Scorpene yang membabaitkan Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak.

Sidang Media turut dihadiri oleh Cikgu Mohd Yusof Wahab selaku Ketua Penerangan PAS Bukit Katil dan merangkap Penyelia Dun Bukit Baru, Saudara Freddie S.H Lim selaku Penolong Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri Melaka, Saudara Law Bing Haw merangkap Ketua AMK Negeri Melaka, Haji Safian Ketua Cabang Keadilan Kota Melaka dan seterusnya anak-anak muda yang cintakan perubahan.

Sesi bergambar selepas sidang media

Komrad SAMM Melaka bersama poster program RAPAT RAKYAT ABU : Jelajah Bongkar Skandal Scorpene.

Poster Ceramah Program.

Handblil program yang mula diagihkan kepada orang ramai.

Melihat tapak program 13 November ini bagi membincangkan persediaan terakhir sebelum program.

Berikut adalah kenyataan media SAMM Melaka;
Kenyataan Media
13 November 2012

Menjelang Program RAPAT RAKYAT ABU :  JELAJAH BONGKAR SKANDAL SCORPENE ( Le Tour De Scorpene) di Melaka.

Pada 15 Disember tahun lalu bertempat di Dataran KUIZM Taman Melewar Gombak Selangor sejarah telah  tercipta di mana gerakan rakyat di atas nama ABU (Asalkan Bukan Umno) telah dilancarkan dan gerakan rakyat ini  menjalar ke negeri  Hang Tuah Melaka,  maka pada 24 Febuari 2012,  ABU telah dilancarkan di Masjid Tanah Melaka oleh rakyat dari kalangan pekerja kampung, nelayan dan rakyat yang cintakan perubahan.

Tanpa pimpinan ‘besar’, hanya rakyat biasa dari perbagai latar belakang seperti peniaga kecil, pelajar, pekerja kilang, aktivis masyarakat dan lain – lain tampil dengan menyatakan iltizam bersama menggerakkan rakyat dengan semangat ‘ABU’ Asalkan Bukan Umno.

ABU bukan organisasi seperti NGO, jauh sekali sebagai parti politik. ABU ialah semangat yang mengikat rakyat dan satu gelombang kesedaran betapa Umno (United Malay National Organisation) merupakan pewaris penjajah yang menjadi punca kecelaruan dan perbagai masalah dalam negara ini.

Dari masalah perkauman melampau, ketegangan antara agama membawa ke masalah ekonomi, rasuah serta kelemahan pentadbiran sehingga pembaziran melampau yang mencipta kepayahan hidup sehinggalah kenaikan kos hidup (harga barang) secara mendadak dan melampau. Semuanya ialah kerana Umno yang dicipta penjajah mewarisi negara ini dan lebih – lebih lagi ia sudah terlalu lama berada ditampuk kuasa.

Atas dasar sentiment rakyat inilah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM Melaka) dan rentetan resolusi yang telah dipersetujui bersama ketika retreat SAMM kali ke 3/2012 bertempat di Sekinchan Selangor telah menggariskan “usaha gerakan rakyat di atas nama ABU ini akan diteruskan dan digiatkan lagi” maka dengan ini program penerangan yang akan kita jalankan ini dinamakan RAPAT RAKYAT ABU.

Seterusnya berhubung kait dengan masalah fundamental Negara ketika ini adalah sistem perlaksaanan Kerajaan Pemerintah yang berhadapan dengan wabak ketirisan, pemberian komisyen dan salahguna kuasa. Masyarakat tidak pernah lupa akan pembayaran komisyen RM 500 juta lebih kepada syarikat PERIMEKAR dan pembunuhan kejam Altantuya Sharibuu berhubung pembelian kapal selam Scorpene.

Atas kepedulian dan rasa bertanggungjawab cintakan tanahair,  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM Melaka) akan menganjurkan siri ceramah Perdana Le Tour De Scorpene di Melaka pada 13 November 2012 bertempat di Peringgit Jaya, Melaka.

Maka, SAMM Melaka turut mengharapkan pasukan keselamatan, Polis DiRaja Malaysia untuk menjalankan tugas dengan penuh professional tanpa ada pilih kasih. Atau sekadar terus mencalar imej dan nama pasukan. Alangkah sedih nama pasukan Polis DiRaja Malaysia itu dipermain oleh Rejim Pemerintah yang kian resah melihat asakan bertali arus dari Rakyat. Polis  DiRaja Malaysia tidak harus membenarkan imej mereka ditunggang oleh  Rejim aparat.

Program Jelajah “Le Tour De Scorpene” akan menjadi ukuran benchmark sama ada pasukan PDRM Kontijen Melaka  secara umum dan pasukan PDRM Melaka Tengah akan bertindak berlandaskan Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang atau terus bersekongkol dengan rejim UMNO/BN dalam melakukan perkara-perkara yang tidak beretika serta memangsakan segelintir anak muda yang tidak mengerti apa-apa demi memuaskan nafsu tamak kuasa & kebaculan pemimpin mereka.

SAMM Melaka dengan ini menjemput sekalian rakyat Negeri Melaka untuk bersama-sama hadir dalam program ini. Mendengar apa cerita sebenar skandal pembelian kapal selam Scorpene.  Apa misteri disebalik pembunuhan Altantuya?  Mengapa ratusan juta dibayar kepada PERIMEKAR sebagai komisyen. Segala persoalan mengenai skandal Pembelian Kapal Selam Scorpene ini akan terjawab diJelajah “Le Tour De Scorpene” Melaka , Selasa , 13 November 2012,  9.00 malam di Peringgit Jaya Melaka.

Ceramah Perdana Jelajah “Le Tour De Scorpene” Melaka  turut menampilkan Yang Berbahagia Saudara  Che’gu Bard, Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Saudara Haris Ibrahim seorang Peguam dan Aktivis Gerakan ABU, Saudara Mohd Khalid Ismath (Mahasiswa dan juga Timbalan Presiden KAMI) selain itu  bersama-sama dengan kita tiga tokoh politik anak muda yang sedang meningkat naik di Melaka  iaitu Ustaz Kamarudin Sidek ( Pesuruhjaya 1 PAS Melaka), YB Tey kok Kiew (ADUN Banda Hlilir merangkap Ketua DAPSY Melaka) dan Saudara Law Bing Haw (Ketua AMK Melaka).

Semua rakyat yang cintakan Tanahair dijemput hadir.

Ringkasan kes Scorpene –

Dalam perihal kapal selam scorpene contohnya yang dipertikaikan ialah rasuah dan komisyen yang melampau kerana jika tanpa rasuah itu sudah tentu bukan sahaja wang negara dapat diselamatkan tetapi tentera juga mampu dilengkapkan dengan sistem persenjataan yang terbaik.

  • pembelian dibuat pada tahun 2002 dengan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan French DCNS dan Spanish Navantia, manakala selepas 7 tahun barulah kapal selam tersebut tiba di Malaysia 2009
  • yang dipertikaikan ialah kos pembelian kapal selam bernilai RM 2.14B pada tahun 2002 dan RM 5.43B pada tahun 2008.
  • TLDM boleh sahaja punya kepakaran dalam perihal kapal selam tetapi Menteri Pertahanan (Najib Razak) telah menghantar PERIMEKAR (syarikat Razak Baginda dan Isterinya) untuk menjadi orang tengah dan akhirnya syarikat kawan baik Menteri Pertahanan ini, PERIMEKAR telah mendapat komisyen RM540j kerana Kementerian yang kawan baiknya Menteri setuju beli Kapal Selam. Apa pengetahuan Razak mengenai Kapal Selam ? dengan menafikan peranan TLDM dalam meneliti pembelian Kapal Selam ini tidakkah ia menghina TLDM. Bukan Razak yang nak guna kapal selam tetapi TLDM
  • Kos pembelian agak tidak munasabah
    • Kapal Selam kosong  RM5.43B
    • Komisyen RM540j
    • Pakej latihan guna Kapal Selam RM150j
    • Senjata (kapal dibeli tanpa senjata) 40 Exocet & 30 Black torpedo RM890j
    • Maintenance sehingga RM600j setahun
    • Jumlah wang yang dibelanja setakat ini RM7.58B untuk punya kapal selam terpakai dan jumlah ini akan meningkat RM600j setiap tahun.
  • Bujet 2012 meluluskan kontrak RM600j setahun untuk ‘support service’ kapal selam ini
  •  Zahid Hamidi, menteri Pertahanan sekarang dalam parlimen menyatakan pembelian kapal selam tidak masuk senjata dan negara harus bayar tambahan RM890j untuk 40 unit Exocet sm39 missile dan 30 unit Black Shark Torpedo yang hanya akan sampai 2013 sahaja.
  • Febuari 2010, sumber dalam Kementerian Pertahanan sendiri memberitahu Kapal Selam itu tidak boleh menyelam hanya selepas usaha pembaikan yang memerlukan belanja besar sahaja kini Kapal Selam itu boleh menyelam.
  • April 2012, SUARAM telah fail aduan kepada Sistem Kehakiman Peranchis, aduan tertumpu kepada pembayaran komisyen yang bersifat rasuah kepada PERIMEKAR
  • 2 tahun pihak pendakwa (prosecutors) membuat siasatan awal dan pejabat DCNS, Thales dan beberapa pihak terbabit membeli kapal selam diserbu oleh pihak berkuasa Peranchis dan beberapa dokumen dirampas antaranya kontrak DCNS- MiNDEF, MOU, Invois Bank dan beberapa dokumen berkaitan.
  • Inquiri Jenayah bermula pada 16 Mac 2012 di Tribunal De Grande Instance.
  • 2 hakim dinamakan untuk mendengar iaitu Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire.
  • SUARAM selaku pengadu telah memberikan kenyataan depan hakim pada 19 Apil 2012
  • Hakim setuju memanggil 7 orang yang dinamakan sebagai saksi oleh SUARAM iaitu Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan sekarang), Najib Razak (bekas Menteri Pertahanan ketika pembelian kapal selam), Razak Baginda, Bapa Altantuya Shatev Sharibu, Lodin Wok Kamarudin, Balasubramaniam dan Jabir Sigh Chahl.
  • 153 dokumen telah disenarai sebagai bahan siasatan antara dokumen yang menarik ialah
    • dokumen 87 -Najib sebagai Menteri Pertahanan telah membuat permintaan sebanyak 1Billion untuk ‘komisyen’ kepada PERIMEKAR dalam urusniaga kontrak kapal selam.
    • dokumen 97 – dokumen membuktikan wujud satu lagi syarikat selain PERIMEKAR iaitu syarikat TERASASI yang berpengkalan di Hong Kong yang dipercayai menerima komisyen Euro 42 Juta. Setelah diteliti TERASASI ialah syarikat milik Razak Baginda dan bapanya.
    • turut dirampas di pejabat THALES ialah dokumen rahsia ketenteraan milik TLDM yang dikirim TERASASI. Bagaimana dokumen sulit ini berada ditangan pihak asing ? Ini pengkhianatan jelas dan telah berpuluh laporan polis dibuat namun semua senyap.
    • Menayas, Pegawai DCNS telah mengakui telah membayar tidak kurang dari RM120 juta kepada pegawai – pegawai di Malaysia dalam perbagai bentuk komisyen/hadiah dan ini diluar komisyen besar yang disebut.
    •  wujud juga dokumen yang menyebut secara jelas kewujudan Altantuya Sharibu yang terlibat dalam pertemuan tertutup membincangkan pembelian Kapal Selam.
  • Menyedari proses perundangan sedang berlaku maka Najib yang pada peringkat awal sombong mula menyatakan ‘no comment’, Zahid yang sombong berani ke Peranchis untuk berdepan mahkamah mula berubah nada dengan ‘tidak akan bazirkan wang rakyat untuk ke Paris’ .

“Perjuangan adalah Perlaksanaan Kata-Kata”

Zuraidi Bin Abdullah,
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM Melaka)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.