Home » Headlines, Johor

Taklimat Scorpene: Peguam Perancis ke Parlimen M’sia bulan ini – KeadilanDaily

Submitted by on November 5, 2012 – 11:27 AMNo Comment

(Oleh Aliff Fikri)

PASIR GUDANG 5 November: Dua peguam Perancis, Joseph Breham dan William Bourdan akan hadir ke negara ini dalam masa terdekat untuk beri taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung kes Scorpene.

Ia dimaklumkan peguam Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Fadiah Nadwa Fikri pada Ceramah Perdana Jelajah Le Tour De Scorpene malam tadi.

“Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan urusan visa mereka, setelah itu kami akan umumkan tarikh kehadiran mereka seberapa segera sebelum sidang Parlimen berakhir bulan ini,” katanya di hadapan lebih 3,000 hadirin di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

Fadiah berkata, kehadiran kedua-dua peguam itu penting untuk menjelaskan situasi sebenar berhubung kes rasuah Scorpene dan misteri pembunuhan Altantuya Shaariibuu di mahkamah Perancis.

“Penjelasan harus diberikan ekoran pelbagai spekulasi yang dicipta Umno BN dan media seliaan mereka berhubung perbicaraan kes ini.

“Kehadiran mereka di Parlimen Malaysia sebagai peguam yang mewakili Suaram amat diperlukan untuk memberi taklimat serta penerangan kepada Ahli Parlimen berhubung isu Scorpene,” katanya disambut sorakan gempita.

Fadiah menegaskan, Suaram sama sekali tidak akan berganjak untuk terus menjalankan siasatan walaupun Umno BN sedang berusaha ‘mematikan’ Suaram.

“Kebelakangan ini pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Suaram, namun ingin saya tegaskan, jika Suaram berjaya diharamkan sekalipun, siasatan akan tetap berjalan,” katanya.

Ceramah anjuran bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Suaram itu turut diserikan dengan simbolik kit penyelewengan skandal Scorpene oleh Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin kepada Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng serta pimpinan Pakatan Rakyat Johor.

250 tandatangan bantahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berjaya dikumpulkan.

Antara tokoh lain yang hadir adalah Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat; Ketua Cabang KEADILAN Johor Jaya, Jimmy Puah; Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel; Penyelaras KEADILAN Muar, Nor Hizwan Ahmad dan beberapa pimpinan lain.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38867

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.