Home » Headlines, Melaka, SAMM

Tiada Jaminan Polis Tidak Halang Program SAMM Rapat Rakyat ABU: Jelajah Scorpene Siri Melaka Diteruskan

Submitted by on November 13, 2012 – 11:34 AMNo Comment

Kenyataan Terbuka

13 November 2012

Tiada Jaminan Polis Tidak Halang Program SAMM Rapat Rakyat ABU: Jelajah Scorpene Siri Melaka Diteruskan

Semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Melaka telah diarahkan bertemu dengan Timbalan Ketua Polis Melaka berkenaan program SAMM Rapat Rakyat ABU: Le Tour De Scorpene peringkat negeri Melaka. Pertemuan sepatutnya berlangsung di IPD Melaka Tengah namun Timbalan Ketua Polis Melaka menyerahkan pertemuan kepada ACP Melaka Tengah memandangkan program tersebut bakal berlangsung di Peringgit, bawah daerah Melaka Tengah.

Berikut adalah antara soal-jawab yang menjadi pokok perbincangan di antara Penyelaras SAMM Melaka dan juga pihak polis yang diwakili oleh ACP Muhammad;

1. Pihak polis telah menolak dan menghalang program tersebut dari diteruskan dengan alasan soal keselamatan dan kononnya bercanggah dengan akta baru. Turut dipersoal oleh pihak polis ialah permit tidak dimohon oleh penganjur.

SAMM Melaka menyatakan dengan baik, akan meneruskan ceramah tersebut dan lokasi ceramah tidak memerlukan permohonan permit kerana Rapat Rakyat ABU: Jelajah Scorpene diadakan di tanah persendirian dan juga berpagar.

2. Polis berdolak-dalik untuk memastikan keselamatan di tapak program dengan mengatakan pihak polis kekurangan kakitangan di musim perayaan.

Bagi SAMM Melaka, sekiranya tugasan pihak polis bertepatan dengan kerjaya contohnya SB dan mata-mata dimansuh, pasti jumlah anggota polis mencukupi walaupun di musim perayaan.

3. Polis kemudian memberi jaminan untuk meluluskan permohonan ceramah sekiranya SAMM Melaka menukar tarikh program selepas 10 hari dari tarikh semalam.

Menunda program ke satu tarikh lain sehari sebelum program berlangsung adalah tidak efisyen. Kehadiran SAMM Melaka ke IPD bukan untuk meminta izin, tetapi memaklumkan program berlangsung supaya pihak polis boleh bertugas menjaga keselamatan. SAMM Melaka tetap dengan pendirian untuk menjalankan program pada tarikh yang dijanjikan – 13 November.

4. Polis akhirnya memberi kata dua dan jika program ini diteruskan ” TIADA JAMINAN KESELAMATAN DARI PIHAK POLIS”.

Bagi SAMM Melaka, mana-mana pihak polis yang tidak mampu memberi jaminan keselamatan harus meletakkan jawatan serta merta.

5. Pihak polis menyatakan sekiranya berlaku sebarang provokasi dan kejadian, SAMM Melaka harus bertanggungjawab dan Penyelaras SAMM Melaka menjadi individu pertama yang akan ditangkap.

SAMM Melaka ingin menegaskan betapa pihak polis harus menangkap provokator, bukan penganjur.

Malam ini, SAMM Melaka menjemput kehadiran semua golongan masyarakat ke program SAMM RAPAT RAKYAT ABU : Jelajah Bongkar Skandal Scorpene bertempat di Peringgit Jaya (berhampiran Petronas dan AEON Jusco), Melaka bermula sekitar jam 9.00 malam.

Ayuh bersama SAMM pertahankan saki-baki ruang demokrasi yang ada hari ini. Undang-undang zalim adalah undang-undang yang perlu dilanggar, jika kita akur dengan undang-undang yang zalim ini maka kita adalah sebahagian dari kezaliman dengan menzalimi diri sendiri dan masyarakat umum.

“Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata”

Zuraidi Abdullah

Penyelaras SAMM Melaka

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.