Home » All Post, Headlines

Aksi Berani Protes Mogok Lapar 100 Jam Wajar Disokong!

Submitted by on December 26, 2012 – 9:57 AMNo Comment

 

hunger protest 100
oleh: WAH HOO

Sekumpulan anak muda, “Solidariti Anak Muda Menentang Projek-projek Memudaratkan Alam Sekitar” akan menganjurkan suatu protes lapar sempena tahun baru 2013. Kami ingin menekankan bahawa Malaysia bukan tong sampah kepada negara dunia pertama. Kilang pemprosesan nadir bumi Lynas bukan sahaja tidak mendatangkan faedah ekonomi tetapi mencemar alam sekitar dengan sisa radioaktif dan mangancam kesihatan khususnya kepada penduduk Pahang dan kepada seluruh negara dalam jangka masa panjang.

Kami boleh menjalankan protes dengan pelbagai cara yang kreatif dan pada kali ini, kami akan bermogok lapar selama 100 jam, bermula pada jam 8malam 27hb Disember 2012 sehingga jam 12 pagi 1hb Jan 2013.
:::: OBJEKTIF ::::

1.) Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang projek-projek yang mengancam alam sekitar dan kehidupan rakyat Malaysia seperti kilang nadir bumi Lynas, lombong emas cyanide Bukit Koman, projek Rapid di Pengerang, pembinaan empangan-empangan di Sarawak (Baram, Murum, dll), projek laluan kabel kuasa tinggi Rawang, dll.

2.) Menggesa agar pihak berkuasa menguruskan projek- projek yang berkontroversi dengan lebih bertanggungjawab serta mendapat persetujuan penduduk setempat dan orang ramai sebelum meluluskan projek berkenaan. Pihak berkuasa juga harus bersikap terbuka dan membuktikan kepada orang ramai melalui kaedah yang saintifik bahawa segala projek yang diluluskan adalah selamat dan tidak akan mengancam alam sekitar.

:::: TUNTUTAN KAMI ::::

1.) Kami meminta supaya lesen operasi sementara(TOL) Lynas ditarik balik dengan segera memandangkan terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan bahawa projek ini akan membinasakan alam sekitar dan mengancam kesihatan penduduk yang tinggal di sekitarnya. Selain itu, terdapat bukti bahawa berlakunya penyelewengan dalam proses pengeluaran lesen kepada pihak Lynas dan kami menegaskan bahawa lesen operasi sementara Lynas mesti digantung sehingga segala pembicaraan di makamah selesai.

2.) Kami menuntut supaya pihak Lynas mesti menyediakan Kajian Kesan Alam Sekitar Terperinci (DEIA), dan laporan kajian tersebut harus didedahkan secara telus kepada orang awam sebelum pengeluarkan semula lesen operasi sementara. Peserta protes lapar akan mula berpuasa pada 27hb Disember 2012 selama 100 jam. Orang ramai digalakkan supaya menyertai kami sepanjang protes lapar ini, dan anda boleh berpuasa untuk sebarang jangka masa mengikut kemampuan diri.

Setiap peserta perlu bertanggung jawab ke atas keputusannya untuk menyertai protes lapar ini dan setiap orang yang menyertai kami harus memastikan bahawa tahap kesihatan mereka adalah sesuai untuk menjalani protes lapar.

Maklumat lanjut boleh deperolehi daripada Facebook event page:  http://www.facebook.com/events/561382753878510/
Edytorial: SAMM menyokong penuh aksi berani protes dalam bentuk mogok lapar ini dan akan menghantar wakil sepertimana aksi terdahulu berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.