Home » All Post, Headlines, N.Sembilan

Aksi “Rakyat Pengayuh Perubahan” Anjuran JERIT Bermula: SAMM N.Sembilan Ambil Bahagian

Submitted by on December 7, 2012 – 8:21 PMNo Comment

SAMM N.Sembilan turut bersama menyokong Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dalam aksi  “Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0” yang bermula petang tadi di Seremban.

Penyelaras bersama SAMM N.Sembilan merangkap Penyelaras SAMM P.Dickson saudara Saufi turut menyampaikan ucapan tanda sokongan.

SAMM N.Sembilan turut menghantar wakil mengambil bahagian bagi peringkat Negeri Sembilan.

NGO JERIT yang menganjur kayuhan rakyat bersama beberapa NGO lain yang menyokong merupakan satu usaha murni, turut membawa beberapa tuntutan yang berkisar nasib rakyat. Kemuncaknya ialah Hari Kebangkitan Rakyat #KL112

Sidang Media di KLSCAH (laporan mkini)

NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) akan mengunjungi 23 lokasi di kawasan pedalaman dan ladang di Negeri Sembilan bagi mempromosi tujuh tuntutan mereka melalui acara “Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0” yang bermula Jumaat ini.

Kayuhan selama empat hari itu akan melalui tujuh daerah utama di negeri itu iaitu Seremban, Port Dickson, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu.

NONE

Penyelaras JERIT Negeri Sembilan S Thinagaran berkata peserta dalam acara berbasikal itu juga akan menyerahkan tuntutan berkenaan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan dan Ketua Pembangkang Anthony Loke.

Tujuh tuntutan itu termasuk pilihan raya bersih dan adil, gesaan supaya menghentikan pemusnahan alam sekitar, perumahan selesa untuk rakyat dan tuntutan supaya kerajaan menghentikan penswastaan perkhidmatan awam.

Selain itu, NGO berkenaan juga menuntut supaya kerajaan melindungi hak dan kebajikan pekerja, hak untuk berhimpun secara aman, hak bersuara dan juga memansuhkan undang-undang yang didakwa zalim.

“Kita mendapat sambutan yang bagus dan mendapat sokongan daripada Pakatan Rakyat di sana. Stesyen kita sebanyak 23 lokasi untuk memberi kesedaran (mengenai tuntutan itu) khususnya di kawasan luar bandar,” kata Thinagaran.

Kayuhan tersebut bermula di Pasar Besar Seremban bermula jam 9 pagi dan berakhir Isnin depan di Wisma Negeri untuk majlis penyerahan memorandum, katanya lagi.

JERIT pertama kali mengadakan kempen berbasikal ini empat tahun lalu bermula dari Alor Setar dan Johor Baharu dan berakhir di bangunan parlimen untuk menyerahkan satu memorandum yang mengandungi enam tuntutan kepada kerajaan dan pembangkang.

NONEDilaporkan dalam ekspedisi selama 16 hari itu, peserta kempen berdepan pelbagai cabaran dan rintangan termasuklah ditahan polis dan bahkan ada juga basikal mereka dibakar.

Turut hadir dalam sidang media antaranya, Penyelaras Jerit pusat M Sivaranjani, ahli jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan Koordinator Suaram Ahmad Syukri Ab Razab.

Ditanya mengapa pihaknya memilih Negeri Sembilan sebagai lokasi pertama dalam siri jelajah kali ini, Sivaranjani berkata:

“Nampaknya penganjur lebih bersedia di Negeri Sembilan. Di negeri-negeri lain, (mereka) tidak sempat untuk membuat persediaan dalam jangka masa terdekat ini.”

“Tidak ada alasan spesifik. Penganjur Negeri Sembilan lebih bersedia,” katanya sambil ketawa kecil.

NONESivaranjani berkata siri jelajah kali ini akan diperluaskan di seluruh negara, dan negeri seterusnya akan diumumkan selepas tamat jelajah mereka di Wisma Negeri Isnin depan.

Katanya, seramai 20 peserta tetap bakal menjelajah ke semua daerah dan terdapat juga peserta yang mendaftar untuk menyertai mereka di lokasi yang tertentu.

“Kita bersedia dengan keselamatan. Kita sudah ada pengalaman (yang yang lalu) jadi kita telah membuat persediaan dengan apa sahaja isu yang timbul,” katanya.

“Bagaimana polis mengawal pada perhimpunan hijau baru-baru ini, begitulah juga hendaknya (tindakan) polis dalam program ini. Saya berharap tidak ada gangguan,” celah Maria.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.