Home » All Post, Headlines

Exco: S’gor turunkan kamera AES Jumaat – Malaysiakini

Submitted by on December 5, 2012 – 3:33 PMNo Comment

Exco Selangor Ronnie Liu berkata pihak berkuasa terbabit pada hari Jumaat ini akan menurunkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik yang dipasang di negeri itu.

“Saya akan maklumkan masanya kepada pemberita,” kata Liu yang bertanggungjawab ke atas kerajaan tempatan.

Kamera perangkap laju itu dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembak Kelang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 di Lebuhraya Utara Selatan.

Liu turut mempersoalkan satu gambar yang didakwa menunjukkan pekerja menurunkan kamera berkenaan di SKVE, yang beredar di ruang Internet.

“Ianya palsu. Ia mungkin (dirakam) ketika mereka memasang (kamera) tersebut. Saya sudah hantar orang untuk periksa dan kamera itu masih ada,” katanya.

Selangor akan menurunkan kamera berkenaan selepas memberi tempoh selama 14 hari kepada kontraktor AES supaya berbuat demikian dalam masa dua minggu.

Beliau mendakwa, Jabatan Pengangkutan Jalan dan kontraktor berkenaan gagal memohon untuk mendapatkan kebenaran merancang bagi memasang alat berkenaan – yang dianggap sebagai struktur haram.

 

SAMM: Sebelum ini telah naik di portal satu berita yang dipetik dari blog ‘Jalan Pulang’ mengatakan kamera AES sedang dirobohkan adalah palsu.

Kami tetap sedia bila-bila masa untuk bersama merobohkan struktur haram kamera AES tersebut. klik link di bawah untuk kenyataan awal.

Tawaran SAMM Sedia Bila-Bila Masa Untuk Roboh Kamera AES, Secara Percuma

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.