Home » All Post, Headlines

Hutang Bank Pertanian Tidak Berbayar: KJ Diminta Tampil Menjawab!

Submitted by on December 27, 2012 – 8:26 PMOne Comment

kjs

Kenyataan Umum
28 Disember 2012

MOHON PENJELASAN KHAIRY JAMALUDDIN MENGENAI PINJAMAN BANK PERTANIAN BERNILAI JUTAAN RINGGIT BERDASARKAN REKOD YANG MASIH TERTUNGGAK

Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad. Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Juga berdasarkan rekod data yang diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar).

Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah? Adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Bank Pertanian ?

Mohon Khairy muncul dengan penjelasan mengenai perkara ini.

Jika ini semua benar maka wajarlah pimpinan Bn bersungguh – sungguh mengelak untuk membuat pengistiharan awam harta milikan mereka dan keluarga. Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini, jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang. Anak muda terpaksa suruk kereta hanya kerana 3 bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini?
Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ? Mohon Khairy sendiri tampil menjawab.

che’GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia

 

One Comment »

  • […] Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad. Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia. Juga berdasarkan rekod data yang diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar).Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah? Adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Bank Pertanian ?Mohon Khairy muncul dengan penjelasan mengenai perkara ini.Jika ini semua benar maka wajarlah pimpinan Bn bersungguh – sungguh mengelak untuk membuat pengistiharan awam harta milikan mereka dan keluarga. Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini, jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang. Anak muda terpaksa suruk kereta hanya kerana 3 bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini?Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ? Mohon Khairy sendiri tampil menjawab.   che’GuBardKetua Penyelaras KebangsaanSolidariti Anak Muda Malaysia..SUMBER […]

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.