Home » All Post, Headlines

[Karya Pilihan] Pasti… Bukan kerana melayu hilang di dunia…

Submitted by on December 3, 2012 – 1:54 AMNo Comment

Kau menangis, kau hiba, bagai hilang segalanya…

kau sedih, kau menyesal, bagai bakal merempat…

Pastinya kau nangis, hiba, sedih dan menyesal, kerana bakal kehilangan kuasa…

Pastinya… itulah punca… hujan air mata membanjiri dewan umnoputra…

Apa yang kau tangis dan hiba… Apa yang kau sedih dan sesal…

bukan kerana melayu hilang di dunia, bukan kerana melayu hilang martabatnya,

tetapi kerana Umno bakal hilang kuasa… itu sahaja…

Pastinya… itulah punca…

Bangun anak bangsa, bangkit menebus dosa…

bangun anak muda, bangkit melopor bangsa…

Bangun semua sekali… persetankan syaitan yang dikenali…

bangun anak muda, bangun anak bangsa, bangun tinggalkan ‘mereka’…

sudahlah lanjut usia, nyanyuk tak tentu hala,

mengaku pilihan tuhan, ketika judi dan rasuah menjadi berhala…

bangkit anak muda, bangkit anak bangsa…

kita punya masa depan untuk dikongkrit – sebuah negara rakyat…

Jangan lagi menangis, jangan lagi berhiba…

jangan lagi bersedih, jangan lagi bersesal…

tiada salahnya merintis perubahan…

tunjukkan menifestasi anak muda

tanggal 12 januari… jumpa di sana

menifestasi sebenar anak muda…

tanggal 12 januari… jumpa di ibukota…

nukilan EDY NOOR REDUAN

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.