Home » All Post, Headlines

Kerajaan Pertimbang Beku AES – Jangkaan SAMM Tepat!

Submitted by on December 18, 2012 – 12:14 PMNo Comment

 

AES mesin

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Putrajaya mempertimbangkan untuk membekukan pelaksanaan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) untuk mengelakkan saman berganda dengan sistem saman polis yang boleh menambahkan kesusahan kepada pengguna jalan raya, menurut sumber.

Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.

Pihak polis yang menguatkuasakan undang-undang hadlaju, berkata mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek denda dua kali bagi pemandu ingkar.

“Kerajaan sedang mempertimbangkan membekukan pelaksanaan AES disebabkan pertindihan sistem saman. Ini akan menyebabkan kesusahan,” kata satu sumber kepadaThe Malaysian Insider.

Beliau juga menyatakan beberapa ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) juga meminta kerajaan untuk menghentikan pelaksanaan sehingga semua pandangan dipertimbangkan.

Sumber lain berkata kerajaan mahu memastikan AES akan membantu memastikan pemandu mengikut had laju sepanjang perjalanan mereka bukannya hanya di kawasan-kawasan di mana kamera diletakkan.

“Sistem ini adalah untuk menguatkuasakan had laju dan memastikan keselamatan jalan raya,” tambah beliau.

Kira-kira 10,000 pemandu sudah membayar saman mereka di bawah AES sejak ia dilaksanakan 23 September lepas. JPJ berkata ia juga mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak itu.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata awal bulan ini bilangan kesalahan trafik menurun sebanyak tiga perempat semenjak kamera AES digunakan.

“Rancangan pelaksanaan AES tidak akan ditangguh dan ia akan diteruskan kerana ia adalah satu usaha murni dan bukan untuk menghukum pengguna jalan raya,” katanya dipetik dari agensi berita Bernama.

Daripada 14 kamera yang sudah dipasang di seluruh negara: tujuh di Perak, dua di Selangor, dan lima di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Empat kamera lagi adalah unit mudah alih.

Tetapi polis mengumumkan ia akan mengekalkan perangkap kelajuan bersama-sama AES untuk menangkap pemandu memandu laju, kata timbalan menteri kepada Parlimen bulan lepas, dalam usaha membuktikan kontroversi dan mencetuskan lebih banyak bantahan orang ramai kepada kamera baru yang dipasang di lebuh raya dan jalan awam lain.

“Kerajaan tidak akan menghentikan saman ekor oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikuatkuasakan.

“Pendekatan sekarang yang digunakan oleh polis akan masih lagi dilaksanakan kerana AES akan dilaksanakan oleh JPJ,” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop menjawab soalan di Parlimen pada 5 November.

Timbalan menteri itu menegaskan penggunaan kamera AES dan perangkap kelajuan polis  akan membantu mengurangkan kadar kemalangan negara dengan meningkatkan kesedaran dan “persepsi ditangkap”.

Beberapa ahli parlimen berhujah bahawa AES hanya akan memberi manfaat kepada dua syarikat menjalankan sistem tersebut — Beta Tegap dan Ates — oleh kerana syarikat tersebut didakwa akan mendapat RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan oleh sistem.

 

Edytorial: Kerajaan meletakkan alasan di atas kecuaian sistem yang dibina sendiri oleh kerajaan, untuk mempertimbang AES dibekukan. Kononnya hasrat untuk membeku perlaksanaan AES untuk mengelakkan saman berganda dengan sistem saman polis yang boleh menambahkan kesusahan kepada pengguna jalan raya, bukanlah alasan sebenar. Rakyat hari ini sudah pandai membaca gerak-geri kerajaan, tidak lagi dungu mengikut kata.

Klik di sini kenyataan SAMM yang telah menjangka AES akan ditangguh – AES: SAMM yakin Kerajaan Akan Tangguh

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.