Home » All Post, Headlines

Program Santai Anak Muda SAMM Edisi Terengganu Dapat Liputan Meluas

Submitted by on December 3, 2012 – 3:10 AMNo Comment

Tahniah SAMM Terengganu di atas keberjayaan program hingga mendapat liputan Akhbar Sinar Harian. Berita lanjut sila klik link di bawah

Lebih 2 Ribu Serbu Santai Ryder Muda SAMM – Sinar Harian

Kenyataan SAMM pasca program di bawah;

Kenyataan Media
1 Disember 2012

Ribuan Banjiri Program Santai Anak Muda SAMM Edisi Terengganu

Santai Ryder Muda inisiatif SAMM ini menjadi tarikan kepada anak muda untuk dihadiri kerana banyak pendedahan dan kesedaran penting khususnya mengenai undang-undang jalan raya yang selama ini begitu ‘taboo’ tidak diambil tahu. Istimewa program ini ialah setiap ryder muda diberikan ruang dan peluang untuk mengajukan soalan secara bertulis ataupun secara lisan. “Hak Anda dan Kuasa Polis” menjadi tema yang penting demi kesedaran awam tentang hak mereka sebagai penunggang/pemandu di jalanraya dan apakah kuasa yang ada pada pihak polis.

Diilhamkan dari Rapat Kebangsaan SAMM Jun 2012, Program Santai Ryder Muda edisi Terengganu merupakan siri ke-3 di mana dua siri pertama berlangsung di Alor Setar dan Parit Buntar dengan kehadiran yang cukup memberangsangkan. Kali ini lebih istimewa dengan penampilan Ustaz Azhar Idrus sebagai panel jemputan.

Semalam, kira-kira 2,000 orang membanjiri Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus untuk menyaksikan dengan lebih dekat penceramah terkenal tanah air yang juga anak jati kelahiran Terengganu, Ustaz Azhar Idrus.

Bagaimanapun, ustaz yang menimbulkan fenomena yang tersendiri melalui penyampaian ceramah dan dakwahnya itu terlebih dahulu berkonvoi bersama kira-kira 200 motosikal dari Jalan Pusara, Kuala Terengganu, sebelum tiba di acara kemuncak Program Santai Anak Muda, Hak Anda dan Kuasa Polis anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Terengganu.

Program yang bertujuan memberi kefahaman dan kesedaran kepada anak muda khususnya penunggang motosikal mengenai hak dan batas undang-undang yang sebelum ini jarang diberi pendedahan. Meskipun, sasaran program adalah untuk golongan muda, namun masyarakat pelbagai peringkat usia tidak melepaskan peluang untuk melihat secara lebih dekat dan mendengar ceramah yang disampaikan Ustaz Azhar itu.

Penganjuran turut membuka peluang kepada orang ramai untuk berdialog dengan Ustaz Azhar Idrus dan para peguam jemputan khas bagi mereka yang kurang jelas mengenai status sebenar penunggang motosikal yang turut dilabel sebagai pelumba haram. Program yang berlangsung sejam setengah itu nyata belum memuaskan hati semua yang hadir, namun mereka terpaksa akur dengan kepadatan jadual penceramah yang tersohor dengan dialek Terengganu itu.

Bagi SAMM Terengganu, program yang julung kali diadakan di negeri pantai timur itu mencapai kejayaan luar biasa apabila berjaya mengumpulkan ramai peserta terutama penunggang motosikal. Ternyata hasrat SAMM Terengganu untuk memberi pendedahan kepada penunggang motosikal berjaya mencapai sasaran dan mendapat sokongan yang sangat baik.

Justeru SAMM Terengganu anggap kejayaan ini sebagai pemangkin untuk melebarkan lagi program seumpamanya ke daerah lain dengan harapan lebih ramai penunggang bermotosikal mengetahui hak mereka apabila ditahan pihak berkuasa tanpa sebab yang munasabah. SAMM Terengganu akan terus bergiat untuk memastikan kehendak dan kebajikan golongan muda diperjuangkan kerana mereka sememangnya mempunyai hak jika ditahan tanpa melakukan kesalahan yang serius.

Antara tujuan SAMM adalah untuk memastikan anak muda terutama yang dilabel mat rempit ini terbela dan diberi bimbingan sewajarnya tanpa dihukum dengan prejudis undang-undang.

Sekian

Rafzi Ramli
Penyelaras SAMM Terengganu

twitter: @RafziRamli
twitter SAMM: @SAMMalaysia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.