Home » All Post, Headlines, SAMM

RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112 | 11JAN | 8.40MLM | KSS KG BARU | K.LUMPUR

Submitted by on December 26, 2012 – 4:12 PMOne Comment

Jelajah #KL112 #12 KUALA LUMPUR

Kenyataan Umum
26 Disember 2012

RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini melancarkan Jelajah Anak Muda Mobilisasi #KL112 – 1 Juta Rakyat. Siri jelajah yang merangkumi 12 venue di seluruh negara yang mengandungi perbagai program menumpukan mobilisasi anak muda untuk merialisasikan 1 juta rakyat turun bersama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang jatuh pada tanggal 12 Januari 2013 bertempat di Kuala Lumpur.

Himpunan 12 Januari 2013 atau #KL112 akan mencipta sejarah himpunan perpaduan rakyat terbesar dalam negara, dengan menampilkan seluruh tuntutan yang tidak dipeduli oleh regim pemerintah maka rakyat hadir dari pelbagai lapisan masyarakat menunjuk menifestasi berbentuk kemarahan secara aman.

Bagi tujuan melancar mobilisasi yang ampuh, satu rapat Kemuncak mengira detik #KL112 akan diadakan bagi tujuan menimbulkan mood ‘pesta tuntutan rakyat’ dan memberikan pengarahan terakhir agar himpunan majoriti peserta himpunan memahami pengarahan untuk esoknya dan menjamin kelicinan dan kejayaan himpunan.

Dengan ini diumumkan ;

RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112
11 Januari 2013
8.40 malam (acara bermula 5 petang)
Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Selaku penganjur SAMM dan SMM sudah mendapat persetujuan jawatankuasa induk Hari Kebangkitan Rakyat yang akan turut menjadi penganjur bersama. Selain persembahan dan penampilan ramai pimpinan pemuda, artis muda akan muncul juga pimpinan utama PR seperti DS Anwar Ibrahim, Tuan Hj Md Sabu turut akan dijemput TG Hj Hadi, TG Nik Aziz, Lim Guan Eng dan lain-lain pimpinan. Nantikan juga penampilan istimewa Ustaz Azhar Idrus pada program kuliah di sebelah petang.

Selain itu program akan bermula sejak petang akan ditampilkan rakyat tertindas yang akan muncul menyuarakan masalah mereka sendiri selaku suri rumah, pekerja kilang, pemandu teksi, pekerja swasta, mahasiswa, penganggur, profesional muda dan ramai lagi. Ini akan menjadikan rapat memuncak mengira detik #KL112 ini benar – benar pentas rakyat yang memulakan mood pesta tuntutan rakyat.

Rapat mengira detik ini juga akan menjadi lapang sambutan bagi peserta himpunan yang datang dari luar Kuala Lumpur yang dinasihatkan datang awal untuk mengelakkan kesesakan.

Sekian,

Adam Adli
Pengarah Bersama Jelajah Mobilisasi Ke Arah 1 Juta #KL112

Yasir Sheikh Abd Rahman
Pengarah Bersama Jelajah Mobilisasi ke Arah 1 juta #KL112

Pelancaran Jelajah Mobilisasi klik di sini

Jadual Penuh klik di sini

 

One Comment »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.