Home » All Post, Headlines, SAMM

[KEMASKINI] OPERASI SARUNG KAMERA AES DITANGGUH!! MOHON DIHEBAHKAN!

Submitted by on December 7, 2012 – 1:58 PMNo Comment

[KEMASKINI JAM 12.30tgh]

Arahan untuk menyarung kamera Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) di dua lokasi dalam Majlis Perbandaran Sepang (MPS) yang dijadualkan hari ini ditangguhkan atas nasihat pejabat peguam negeri, kata exco Selangor Ronnie Liu.

Beliau yang juga ADUN Pandamaran berkata nasihat tersebut dikeluarkan hari ini oleh pejabat berkenaan.

 

LAPORAN AWAL DI BAWAH;

SAMM akan menyertai wakil kerajaan Selangor bagi menutup/mengambus 2 kamera AES yang dipasang di Kilometer 6.6, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata, selain tidak mendapat kebenaran merancang kamera AES di Selangor, kamera tersebut juga tidak dipasang di kawasan yang kerap berlaku kemalangan.

Ayuh bersama anak muda melawan undang-undang yang menindas rakyat, apatah lagi kamera tersebut dipasang membelakangi undang-undang.

Kamera yang terletak di lebuhraya SKVE merupakan kamera pertama yang akan di’bungkus’ pada jam 2.30pm dan seterusnya kamera AES di PLUS highway.

SAMM juga mengajak semua NGO dan NGI, anak muda dan yang berjiwa muda untuk turut menyertai aksi ini, sebelum aksi lebih ekstreme sekiranya kamera AES tidak juga dialihkan setelah diberi masa dan amaran.

Jika tiada masalah, SAMM akan membawakan siaran secara langsung (LIVE) upacara membungkus kamera AES di saluran SAMM Merdeka Rakyat 

Kenyataan SAMM sebelum ini, sila klik pautan di bawah;

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.