Home » All Post, Kenyataan Media, Melaka, SAMM

SAMM Melaka : Sidang Media JELAJAH ANAK MUDA MENUJU HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112

Submitted by on December 29, 2012 – 2:26 PMNo Comment

46391_450739371659477_1389510266_n

download2

 29 Disember 2012

JELAJAH ANAK MUDA MENUJU #KL112 – 1 JUTA RAKYAT!

Bagi menggandakan momentum mobilisasi ke arah Hari Kebangkitan Rakyat #KL112, satu inisiatif besar telah disusun oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama sekutu anak muda terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia dan dengan sokongan seketreriat HKR, satu roadshow Jelajah Anak Muda Menuju #KL112 akan menjengah ke seluruh Negara.

Pihak secretariat Jelajah Mobilisasi Menuju #KL112 juga menjemput semua NGO yang mempunyai tuntutan rakyat untuk hadir ke pentas jelajah ini bagi terus menghasut orang ramai hadir ke Kuala Lumpur pada tarikh yang dimaksudkan. NGO diberi keutamaan dan setakat ini, hampir semua venue jelajah akan dihiasi oleh warna-warna NGO bertuntutan.

Harapan secretariat Jelajah Mobilisasi Menuju #KL112 agar maklumat jelajah bersifat ‘countdown HKR’ ini dapat dihebahkan sebaik yang mungkin bagi memberikan impak terbesar menjelang perhimpunan paling besar dalam sejarah negara – yang menampilkan… 1 Juta Rakyat!

Bermula di Kelantan pada 26 Disember yang lalu , iaitu 16 hari menjelang #KL112, seterusnya Jelajah Anak Muda akan menjengah semua negeri di semenanjung dengan 12 lokasi dan kemuncak jelajah ‘Final Countdown’ akan berlangsung di lokasi bersejarah negara iaitu Padang Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru, Kuala Lumpur pada 11 Januari 2013 mengira detik 12 Januari 2012.

DISEMBER 26 – TAPAK EXPO, MACHANG, KELANTAN (pertanyaan 019-9317608)

DISEMBER 28 – TAMAN RIA MESRA, GURUN, KEDAH (pertanyaan 017-5568557)

DISEMBER 29 – BUKIT GEDONG, BAYAN BARU P.PINANG (pertanyaan 017-4760274)

DISEMBER 30 – DATARAN DSAI, TAMBUN TULANG, PERLIS (pertanyaan 019-4342244)

JANUARI 1      – KG BUKIT PULAU, BUKIT KATIL MELAKA (pertanyaan 012-2478016)

399984_464467843590680_1415384218_n

JANUARI 2      – TAMAN TASEK JAYA, PAROI N.SEMBILAN (pertanyaan 0123696474)

JANUARI 4      – DEWAN DATO FAUZI, SEKINCHAN SELANGOR (pertanyaan 012-3312364)

JANUARI 5      – PADANG PPR, KEMPAS JOHOR (pertanyaan 012-7030747)

JANUARI 6      – TAMAN MUHIBBAH, TEMERLOH PAHANG (pertanyaan 017-9573855)

JANUARI 8      – MARKAS PAS MASJID TINGGI, BAGAN SERAI PERAK (ptnyn 012-5595258)

JANUARI 9      – DEPAN MYDIN KUALA IBAI, K.TERENGGANU (pertanyaan 019-9809974)

JANUARI 11    – KELAB SULTAN SULAIMAN, KG BARU KUALA LUMPUR (pertanyaan 0123696474)

Seperti yang telah disebut di atas Melaka akan mengadakan Jelajah Anak Muda Menuju

Himpunan Kebangkitan Rakyat seperti berikut  (lihat poster dibawah).

IMG-20121226-WA0002

Antara tuntutan yang bersama;

ANAK : Perjuangan menuntut hak dan kebajikan Generasi kedua FELDA

KASE : Menuntut proses saman dan pendidikan trafik yang telus, menuntut pemansuhan AES

Anti Lynas : Himpunan hijau perjuangan menyelamatkan alam sekitar demi masa depan

Royalti : Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas

SMM : Mansuhkan PTPTN dan Menuntut pendidikan percuma

BERSIH : Menuntut 8 perkara asas demi sebuah pilihanraya telus dan adil

Program jelajah mengandungi beberapa aktiviti penting seperti

§  Ceramah Perdana – Rapat Umum menampilkan pimpinan muda dari perbagai latar belakang

§  Pengedaran risalah dan penerangan dalam kumpulan – kumpulan kecil. Sebanyak 250,000 risalah kenapa anak muda harus bersama jayakan #KL112 akan diedarkan ke seluruh negara

§  Perjumpaan dengan ormas dan pimpinan muda di perbagai peringkat bagi memaksimakan impak #KL112

 

RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112

67931_464107626960035_1354301323_n

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini melancarkan Jelajah Anak Muda Mobilisasi #KL112 – 1 Juta Rakyat. Siri jelajah yang merangkumi 12 venue di seluruh negara yang mengandungi perbagai program menumpukan mobilisasi anak muda untuk merialisasikan 1 juta rakyat turun bersama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang jatuh pada tanggal 12 Januari 2012 bertempat di Kuala Lumpur.

Himpunan 12 Januari 2012 atau #KL112 akan mencipta sejarah himpunan perpaduan rakyat terbesar dalam negara, dengan menampilkan seluruh tuntutan yang tidak dipeduli oleh regim pemerintah maka rakyat hadir dari pelbagai lapisan masyarakat menunjuk menifestasi berbentuk kemarahan secara aman.

Bagi tujuan melancar mobilisasi yang ampuh, satu rapat Kemuncak mengira detik #KL112 akan diadakan bagi tujuan menimbulkan mood ‘pesta tuntutan rakyat’ dan memberikan pengarahan terakhir agar himpunan majoriti peserta himpunan memahami pengarahan untuk esoknya dan menjamin kelicinan dan kejayaan himpunan.
Dengan ini diumumkan
RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112
11 Januari 2012
8.40 malam (acara bermula 5 petang)
Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Selaku penganjur SAMM dan SMM sudah mendapat persetujuan jawatankuasa induk Hari Kebangkitan Rakyat yang akan turut menjadi penganjur bersama. Selain persembahan dan penampilan ramai pimpinan pemuda, artis muda akan muncul juga pimpinan utama PR seperti DS Anwar Ibrahim, Tuan Hj Md Sabu turut akan dijemput TG Hj Hadi, TG Nik Aziz, Lim Guan Eng dan lain-lain pimpinan. Nantikan juga penampilan istimewa Ustaz Azhar Idrus pada program kuliah di sebelah petang.
Selain itu program akan bermula sejak petang akan ditampilkan rakyat tertindas yang akan muncul menyuarakan masalah mereka sendiri selaku suri rumah, pekerja kilang, pemandu teksi, pekerja swasta, mahasiswa, penganggur, profesional muda dan ramai lagi. Ini akan menjadikan rapat memuncak mengira detik #KL112 ini benar – benar pentas rakyat yang memulakan mood pesta tuntutan rakyat.

Rapat mengira detik ini juga akan menjadi lapang sambutan bagi peserta himpunan yang datang dari luar Kuala Lumpur yang dinasihatkan datang awal untuk mengelakkan kesesakan.

Sekian,

Dibacakan oleh,

Zuraidi Bin Abdullah                                                                                                                       

 Penyelaras                                                                                                                                               

  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM Melaka)

download1download3

download5

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.