Home » All Post, Headlines, Melaka

SAMM Melaka Terus Hasut Rakyat Memboikot Produk Yang Ada kaitan Dengan Israel.

Submitted by on December 5, 2012 – 9:02 PMNo Comment

 

Sabagai tanda solidariti dan terus mengutuk tindakan zionis Israel menyerang dan melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin, SAMM Melaka meneruskan usaha mengajak orang ramai bersama MEMBOIKOT apa jua produk ataupun barangan yang ada kaitan dengan Israel.

Komrad SAMM Melaka telah menyerbu premis-premis yang ada kaitan dengan Israel tersebut dan terus menemui orang awam  secara terus dan menyampaikan risalah dan  penerangan bagi tujuan pencerahan.

Bagi tujuan pencerahan Komrad SAMM Melaka juga memberi penerangan kepada orang ramai tentang hubungan dagang antara Malaysia dengan Rejim Israel yang selama ini cuba disembunyikan oleh sang pemerintah. Rata-rata orang awam yang ditemui tidak mengetahui tentang perkara tersbut kerana maklumat tersebut terus disembunyikan oleh media perdana yang menjadi pencacai kepada sang pemerintah.. Selepas memberi pencerahan, ramai diantara pengunjung premis tersebut membatalkan hasrat untuk ke premis tersebut dan ada juga yang menyatakan tahniah di atas usaha anak muda ini.

Antara poster yang ditampal di sekitar premis produk keluaran Israel.

Komrad SAMM Melaka telah menampal poster-poster kempen BOIKOT  di sekitar kawasan premis perniagaan tersebut. Antara kawasan yang telah kami “gempur” adalah sekitar Cheng, Dataran Pahlawan, Batu Berendam dan Ayer keroh.

       

 Sebelum daripada itu SAMM Melaka juga bersama dengan Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Melaka bersama dalam satu Demo membantah kezaliman Zionis Israel yang telah di adakan di hadapan Masjid Al Azim Melaka.

 Insyaallah kami komrad SAMM Melaka akan meneruskan program menghasut dan  mem”BOIKOT” produk yang ada kaitan dengan Rejim Israel ini dari masa ke semasa.

“Perjuangan adalah Perlaksanaan Kata-kata”

 ZURAIDI ABDULLAH  

Penyelaras SAMM Negeri Melaka 

                                                                                                                                                                       

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.