Home » All Post, Headlines, SAMM

SAMM Tuntut Siasatan Terbuka Terhadap Hishammuddin Hussein – Sinar Harian

Submitted by on December 1, 2012 – 2:25 PMNo Comment

SAMM tuntut siasatan terbuka

WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Disember 2012

KUALA TERENGGANU – Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menuntut supaya siasatan terbuka dilakukan berhubung pendedahan dibuat bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan baru-baru ini.

Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, pendedahan mengenai menteri kabinet dan ahli politik yang sering campur tangan dalam siasatan polis ketika Musa berkhidmat adalah isu yang perlu dipandang serius.

Menurutnya, tindakan Musa menamakan menteri, iaitu Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai salah seorang ahli politik dalam satu sidang media, termasuk menyebabkan beliau tidak disambung kontrak, perlu disiasat.

Badrul Hisham turut menegaskan, isu berkenaan akan memberi impak dan menjejaskan kepercayaan terhadap institusi polis oleh rakyat serta warga asing yang mahu berurusan dalam negara.

“Ini hal serius. Sekiranya Hishamuddin ada maruah, beliau harus bercuti sehingga siasatan selesai. Kabinet juga wajib arahkan beliau bercuti atau digantung tugas.

“Siasatan terbuka harus segera dilakukan bukan setakat kepada Hishamuddin, tetapi semua kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang terlibat dan mengganggu tugas polis,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, semalam.

Badrul Hisham tampil di IPD bersama-sama 15 wakil SAMM, wakil Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu, Jingga13, Angkatan Muda Keadilan (AMK) serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Mengulas mengenai jawapan Hishamuddin bahawa isu berkenaan sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian daripada Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-66, Badrul Hisham berkata, itu bukan jawapan yang sepatutnya diberikan seorang menteri.

“Kami tidak perlukan penafian, apa yang rakyat perlukan sekarang ialah satu siasatan terbuka, selagi beliau pegang jawatan sekarang, tidak mungkin siasatan telus boleh dilakukan,” katanya.

Beliau turut menegaskan, sekiranya tiada sebarang siasatan, SAMM akan merangka satu laporan polis besar-besaran dan demonstrasi besar-besaran di ibu kota.

“Dalam seminggu dua lagi, kita akan gerakkan demonstrasi besar-besaran di ibu kota sekiranya tiada tindakan diambil berhubung isu ini,” katanya.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.