Home » All Post, Headlines

Separuh Akhir kedua Piala AFF: Seri 2-2 di Bangkok, Malaysia Layak!

Submitted by on December 13, 2012 – 1:04 PMNo Comment

Perlawanan separuh akhir (2nd leg) Piala AFF: Gajah Albino menanti kehadiran Harimau Malaya (yang sedikit cedera)…

Faktor kecederaan menghantui Datuk K.Rajagopal namun tetap optimis untuk menang. Bagi SAMM, keputusan seri sudah memadai dengan syarat gol perlu dijaringkan demi memastikan nafas permainan tidak berakhir dengan kekalahan sistem gol di tempat lawan (away goal).

Pasukan kebangsaan harus mencari 1 gol sebagai insuran talian hayat sekurang-kurangnya jika keputusan berakhir 1-1 maka perlawanan akan diheret ke masa tambahan.

Ketika gol dijaringkan oleh Malaysia, maka apa jua kelebihan Thailand akan berakhir. Pasukan Thai hanya berkelebihan sekiranya tiada jaringan dilakukan, maka Thai boleh layak ke final walaupun dengan keputusan seri tanpa jaringan. Namun jika pasukan kebangsaan berjaya menjaringkan gol seterusnya berbalas jaringan gol dengan Thailand, Malaysia mampu cecah ke final walaupun keputusan seri 2-2 atau 3-3.

Layak dengan menang atau dengan keputusan seri hanya digunapakai selepas Harimau Malaya menjaringkan gol. Tiada pilihan lain, selain jaringan gol!

Edy Noor Reduan

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.