Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media

Solidariti Buat Umar: Aktivis Dihalang Guna Masjid Satu Perbuatan Biadap

Submitted by on December 22, 2012 – 7:54 PMNo Comment

solat luar pagar

Kenyataan Umum
22 Disember 2012

Solidariti Buat Umar: Aktivis Dihalang Guna Masjid Satu Perbuatan Biadap

 

Satu perbuatan biadap yang tidak boleh dimaafkan – itu ungkapan yang paling sesuai kepada pentadbiran Penjara Kajang khususnya dan Kementerian Dalam Negeri kerana tidak membenarkan aktivis yang membanjiri perkarangan penjara menunaikan solat di Masjid penjara tersebut.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk keras tindakan biadap apabila pihak penjara tidak boleh berkompromi dalam soal menunaikan panggilan solat. Namun ia tidak menghalang aktivis daripada menunaikan solat di atas rumput di luar pagar penjara.

Sejak dari malam tadi, ratusan aktivis termasuk dari SAMM, SMM dan PSM menemani Umar Mohamad dari luar Penjara Kajang sebagai tanda solidariti. Umar Mohamad yang dipenjara hanya kerana tekadnya mendesak pendidikan percuma, telah disumbatkan ke dalam penjara dengan kesilapan yang disengajakan oleh mahkamah ketika sesi rayuan dibatalkan apabila pegawai pendakwaraya ‘hilang’ dari mahkamah sebelum jam 4 petang semalam.

Wakil SAMM telah dihalang seorang petugas bernama Roslan untuk masuk menuju ke masjid yang terletak hanya 50 meter dari pondok kawalan. Masjid tersebut juga difahamkan turut menjadi tempat untuk solat Jumaat di mana ia dibuka kepada orang awam, bukan hanya dibuka kepada penduduk kuaters penjara.

Bagi SAMM, masjid adalah tempat ibadat yang terbuka kepada semua orang yang beragama Islam, malah sesetengah masjid dalam negara ini juga membenarkan pelancong asing memasuki masjid. Apakah keistimewaan masjid Penjara Kajang sehingga aktivis berugama Islam dilarang masuk untuk menunaikan solat dan ibadat lain?

Pentadbiran Kompleks Penjara Kajang harus disaran agar lebih bijak bahawasanya aktivis yang berada di perkarangan luar penjara itu hadir bukan untuk merobohkan penjara bagi membebaskan Umar Mohamad, tetapi hanya menunjukkan solidariti. Kalau kurang bijak itu tidak mengapa tetapi jangan bertindak biadap kerana tindakkan ini akan mencerminkan betapa rendahnya nilai keagamaan. Ternyata keputusan tidak membenarkan masuk masjid hanya kerana kekangan politik tidak adil kepada semua penjawat di penjara tersebut.

SAMM menggesa agar janganlah berpolitik setahap yahudi zionis yang menghalang umat Islam Pelestine memasuki masjid Al-Aqsa.

Md Sani Md Shah

Penyelaras SAMM Kebangsaan

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.