Home » All Post, Headlines, SAMM

Tawaran SAMM Sedia Bila-Bila Masa Untuk Roboh Kamera AES, Secara Percuma

Submitted by on December 4, 2012 – 2:18 PMNo Comment

Klik di sini untuk kenyataan awal SAMM

Kenyataan Umum
4 Disember 2012

Tawaran SAMM Sedia Bila-Bila Masa Untuk Roboh Kamera AES, Secara Percuma

Setelah sekian lama menanti langkah seterusnya Kerajaan Selangor untuk merobohkan struktur kamera haram AES, Akhirnya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu bersuara.

Beliau memberi tempoh ‘last warning’ kepada Kementerian Pengangkutan untuk hanya ada dua hingga tiga hari lagi untuk menanggalkan kamera tersebut setelah hampir sebulan masa yang diberikan. jika arahan itu gagal dipatuhi, kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) akan merobohkannya.

SAMM sekali lagi mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Selangor kerana terus komited membawa perihal kamera haram ini hingga ke akhirnya – roboh struktur. Sikap kerajaan Malaysia, Kementerian Pengangkutan khususnya yang berdiam diri tidak membantu menyelesaikan masalah maka SAMM melihat tindakan Kerajaan Selangor adalah bertepatan. Masa yang diberikan oleh kerajaan Selangor juga cukup lumayan untuk kamera tersebut dialihkan sebelum tindakan lebih drastik.

SAMM sebelum ini telah menawarkan diri untuk merobohkan struktur haram tersebut dan berharap kerajaan negeri tidaklah perlu mengeluarkan bajet tertentu. Demi menjimatkan wang rakyat, SAMM sanggup merobohkan kamera tersebut secara percuma.

Tawaran SAMM ini juga mendapat maklumbalas yang sangat baik dari golongan muda yang bersetuju untuk bersama mengalihkan kamera tersebut dan turut bersetuju kerajaan negeri tidak perlu keluar sebarang modal untuk perobohan ini.

SAMM mempunyai pandangan yang serupa dengan tindakan kerajaan negeri, adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk menaikkan apa-apa struktur tanpa kebenaran pihak berkuasa kerana ia turut membabitkan soal keselamatan awam, apatah lagi struktur tersebut juga mengganggu keselesaan awam. Sekiranya struktur awam ini menyebabkan kecelakaan, siapakah yang akan bertanggungjawab sedangkan ia dipasang secara haram?

Terpulang kepada Kerajaan Selangor samada untuk mewartakan perobohan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada tim SAMM ataupun tidak, kami anak muda tetap bersama dalam menjayakan kerja mulia ini.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, SAMM juga mempunyai kemahiran dan punya tenaga anak muda yang cukup untuk menurunkan kamera AES dengan selamat. SAMM juga mengajak sekutu NGO dan NGI lain untuk turut bersama dalam aksi yang bakal mendapat kebenaran dari kerajaan negeri Selangor dalam sedikit masa lagi.

“Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata”

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.