Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media

[Video] Taklimat Scorpene di S’pura: SAMM Bawakan Interaksi Istimewa Antara Peguam Perancis dan Wartawan/Hadirin di KLSCAH

Submitted by on December 2, 2012 – 12:09 PMNo Comment

Sesi taklimat scorpene di Singapura yang dibawa secara LIVE oleh SAMM pancaran terus ke KLSCAH. Klip di atas merupakan sesi paling penting iaitu sesi soal jawab antara wartawan dan hadirin di KLSCAH dan peguam Perancis Apoline Cagnate

Ikuti berita awal di bawah;

KUALA LUMPUR 27 November: Orang ramai dijemput mengikuti siaran langsung taklimat Scorpene oleh peguam Perancis yang diadakan di Hotel Changi Village, Singapura menerusi ruangan awam yang disediakan di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) bermula 12 tengahari ini.

Siaran langsung itu dibawakan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Sesi taklimat oleh Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon itu dijadual berlangsung dua jam.

Taklimat itu yang sepatutnya dibuat di Parlimen Malaysia terpaksa diubah ke Singapura sebagai lokasi alternatif berikutan halangan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam kenyataan berkata, taklimat tersebut akan merungkai banyak pendedahan dan maklumat baru berkaitan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Antara perkara penting yang bakal diketahui termasuk persoalan siapakah lelaki ketiga, apa peranan Altantuya, siapa Aminah Abdullah dan siapa yang dapat pasport Malaysia.

“Kita juga bakal mengetahui nama dan alamat syarikat yang terbabit dalam urusniaga ini, siapa yang ambil duit komisen pembelian Scorpene, apa peranan Najib Razak dalam skandal ini termasuk bukti pertemuan Najib dan Altantuya di Paris. Semua ini dalam tangan peguam Perancis,” katanya.

Menurut Edy Noor, sidang media juga akan diadakan setelah tamat sesi taklimat.

“Orang ramai dan semua pengamal media dijemput hadir. Jadilah antara rakyat Malaysia terawal yang mengikuti taklimat ini dengan hadir ke KLSCAH,” katanya.

klik juga di sini http://anakmudamalaysia.com/2012/11/gempar-live-dari-singapore-siaran-langsung-taklimat-scorpene-oleh-peguam-perancis-27nov-12tgh-klscah/

dan di sini http://anakmudamalaysia.com/2012/11/chegubard-kes-scorpene-bapak-segala-jenayah-di-msia-keadilandaily/

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.