Home » All Post

Chegubard: Kenapa cincin RM24 juta tak ikut prosedur kastam? – Keadilan Daily

Submitted by on January 21, 2013 – 12:30 AMNo Comment

cincin

(Oleh: Aedi Asri)

KUALA LUMPUR 20 Jan: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, kemasukan cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor tidak dibuat mengikut prosedur kastam.

“Ikut prosedur kastam, cincin itu perlu diikrar ketika urusan keluar masuk negara. Tetapi kenapa ia tidak diikut?

“Begitu juga dengan nilai Free on Board (FOB) dan nombor invois yang berbeza pada borang keluar dan masuk,  ia sepatutnya sama,” katanya lagi.

Pada 13 Julai 2011, Badrul atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard membuat laporan berhubung isu ini di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang.

Ekoran itu, SPRM menahan pegawai kastam, A Krishnan namun siasatan berkisar kemasukan cincin itu yang tidak dikenakan sebarang cukai.

Menurut Badrul, Datuk Seri Najib Razak setahun sebelumnya memansuhkan cukai ke atas barang kemas, perhiasan serta pakaian ketika pembentangan belanjawan di Parlimen.

“Hal ini ramai yang terlepas pandang. Adakah pemansuhan itu semata-mata bertujuan untuk perbelanjaan mewah seperti ini?,” soalnya lagi ketika dihubungi.

Baru-baru ini, media melaporkan kenyataan isteri perdana menteri itu yang ‘bersumpah tidak memiliki cincin itu di tangannya’, namun mengaku barang kemas itu ada dibawa masuk.

Dalam pada itu, Badrul menyifatkan isu ditumbulkan semula, akibat serangan dari dalam Umno yang bertujuan menjatuhkan Najib.

“Dahulu strategi Rosmah yang membisu tentang isu ini berjaya buatkan rakyat lupa. Namun kini ia timbul kembali (sebagai) serangan ‘kasar’ dari dalam Umno sendiri ke atas kelemahan terbesar Najib, iaitu Rosmah,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43548

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.