Home » All Post, Headlines, SAMM

LAPAN HARI MENUJU #KL112

Submitted by on January 4, 2013 – 12:00 AMNo Comment

cool 218 HARI MENUJU #KL112

SATU JUTA AZAM

Ini adalah tulisan saya yang akhir untuk tahun 2012. Minggu hadapan tulisan saya muncul ditahun yang baru. Saya mengucapkan selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013. Kalendar Maya juga telah berakhir untuk satu pusingan selama 26 ribu tahun. Heboh-heboh dalam Kelender Maya tentang dunia ini akan kiamat pada 21 Disember lalu telah meleset. Perjalanan hidup manusia diteruskan dengan gangguan koma, sengkang dan tanda tanya. Noktah akhir masih jauh lagi.

Minggu ini media – akhbar dan radio – saperti biasa telah menjadi Pak Sibuk dengan mengajak warga membuat azam baru. Juga media ini meminta pendengar dan pembaca untuk melihat kembali azam tahun lalu sama ada telah dapat dikotakan atau hancur ditengah jalan.

Saya sendiri tidak pernah membuat apa-apa azam untuk tahun baru yang lepas-lepas. Untuk saya mustahil azam saya hanya muncul ditahun baru. Mustahil saya ini hanya akan membuat azam hanya di tahun baru. Saya tidak melihat lojik dan rasional yang kita hanya membuat azam ditahun baru. Apakah kalau tidak ditahun baru kita tidak ada kepuayaan untuk membuat azam. Hidup ini bukan saperti syarikat untuk dihitung sama ada untung atau rugi dari tahun ke tahun.

Tetapi untuk tahun 2012 ini agak berbeza. Untuk pertama kali dalam dalam hidup ini saya telah membuat azam di tahun baru. Bukan ini sahaja – azam tahun baru saya ini juga untuk memiliki tarikh dan masa ininya wajib saya capai. Ertinya azam saya ini ada tarikh lupus. Bunyinya agak ganjil tetapi inilah sebenarnya yang sedang berlaku.

Pada malam berakhirnya 2012 dan bermulanya 2013 saya berazam untuk menghasut 1 juta warga Malaysia untuk turun berhimpun di Kuala Lumpur. Azam tahun baru saya cukup jelas lagi benderang. Saya berazam untuk meghasut 1 juta warga turun pada hari Sabtu 12 Januari 2013 akan datang ini . 1 juta ini akan mula berhimpun di Stadium Merdeka pada jam 2:00 petang. Lihat dan perhatikan azam saya kali ini – ada memiliki tarikh , waktu-waktu yang wajib diikuti termasuk juga dimana azam saya ini akan meledak.

Sedarlah bahawa azam tahun baru saya bukan generik , luas atau berfalsafah. Ini bukan azam untuk memperbaiki’ lagi hidup atau azam untuk berhenti merokok atau berjanji untuk tidak mencari bini baru dan dan dan… saperti yang selalu kita dengar dalam radio. Azam saya ini jelas tidak berselindung dengan kata-kata molok lagi indah atau berselindung dengan kata-kata yang berlagak hikmat dan berfalsafah.

Saya membuat azam ini kerana saya merasakan bahawa masa dan ketikanya telah sampai untuk warga bertindak. Tindakan yang saya azamkan bukan tindakan individu persaorangan. Azam yang menghasut 1 juta warga ini bertujuan untuk memastikan ajenda individu tidak diketepikan. Malah ajenda individu inilah yang dikumpulkan untuk menjadi ajenda 1 juta Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Azam saya untuk menghimpunkan 1 juta warga di Kuala Lumpur memiliki asas yang kukuh. Azam saya ini bukan muncul secara tertiba. Azam ini juga bukan lahir dari angan-angan dan mimpi-mimpi. Azam menghimpunkan 1 juta warga ini muncul dari lembah siasah tanah air kita. Azam 1 juta rakyat berkumpul berlatar belakangkan politik yang wujud hari ini.

Umum yang telah akil baligh politiknya tahu bahawa PRU13 akan berlangung pada awal tahun ini. Saya telah berkali kali membawa pencerahan dengan bahan bahan bukti tentang penipuan yang telah dirancang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) untuk PRU13 ini. Saya yakin pembaca tulisan saya telah semakin sedar tentang penipuan-penipuan ini.

Mengetahui dalam PRU13 ini nanti akan berlaku banyak penipuan telah menjadikan warga marah , bengis dan berdendam. Ada juga warga yang menjadi sinikal. Dan ada juga warga yang hilang punca seolah-olah tidak ada jalan keluar. Kemarahan, sinikal atau putus asa individu ini untuk saya tidak memiliki apa apa makna yang hakiki. Kemarahan individu akan terus menjadi kemarahan individu. Kemarahan individu sampai kiamat tidak akan membawa apa apa perubahan.

Tetapi bayangkan jika azam 12 Januari saya ini berjaya direalisasikan – kemarahan individu ini dapat dikumpulkan untuk menjadi kemarahan satu juta warga. Jika ini berlaku maka ianya akan membawa makna yang baru.

Apa makna barunya? Pasti ada pembaca yang bertanya apa sebenarnya tujuan Himpunan Kebangkitan Rakyat. Kenapa perlu satu juta dan tidak 50 orang atau 50 ribu orang. Soalan saperti ini adalah soalan jujur dan memerlukan percerahan. Biar saya terangkan disini.

Angka 1 juta ini muncul sesudah Bersih berjaya menghimpunkan lebih dari 250,000 warga pada 28 April 2012 yang lalu. Warga sebanyak ini telah menuntut agar dijalankan pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia. Tuntutan ini telah gagal. Jika 250,000 warga gagal dengan tuntutan dijalalan raya maka adalah lojik untuk dibawa 1 juta pula ke jalan raya. Jika gerombolan yang berkuasa tidak mengindahkan suara 250,000 orang maka mari kita duga dengan suara tuntutan 1 juta.

Tarikah dan waktu Himpunan Kebangkitan Rakyat ini sengaja dipilih berhampiran dengan tarikh PRU13. Tarikh ini bukan muncul secara TIDAK sengaja. Tarikh ini dipilih untuk memberi tekanan maksimum kepada United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya. Juga memberi tekanan kepada lembaga SPR.

Himpunan ini memang dirancang dengan jangka masa yang panjang. Ini untuk melihat apakah kuncu-kuncu United Malays National Organisation akan berani membuat halangan saperti yang sudah-sudah. Ketika himpunan Bersih dahulu berpuluh-puluh laporan polis telah dibuat. Banyak kenyataan yang cuba menakut-nakutkan orang ramai telah didengar. Menakut-nakutkan orang ramai yang berani bersuara terus menjadi ajenda United Malysa National Organisation

Dalam azam tahun baru saya ini juga – saya ingin melihat apakah Ngo-Ngo Melayu akan berani bersuara dengan sombong sambil berangan-angan ingin membuat satu himpunan pada hari yang sama. Atau gerombolan Patriot yang berbaju merah akan berusaha lebih gigih lagi untuk mengumpulkan lebih ramai Mat Bangla untuk menentang 1 juta Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Saya juga berazam ingin melihat apakah gerombolan Perkasa dan Ngo yang sealiran dengannya akan cuba menggangu gugat kekuatan satu juta rakyat. Saya juga mahu melihat apakah Silat Cekak Leher akan berubah untuk menjadi Silat Cekak Pinggang apabila melihat 1 juta dijalan raya.

Tetapi semua ini hanyalah hujah sampingan kenapa 1 juta perlu turun pada 12 Januari ini. Azam utama – hujah utama dari 1 juta orang ramai turun berdemo ke jalan raya ini adalah tanda amaran. Satu juta kemarahan rakyat itu adalah ada satu juta amaran kepada United Malays National Organisation. Ini adalah amaran agar SPR dan United Malaysa National ORganisation TIDAK akan menjalankan penipuan dalamn PRU13 yang akan datang ini.

Satu juta rakyat berhimpun adalah tanda ingatan bahawa orang ramai amat sedar tentang penipuan yang telah,sedang dan akan dijalankan dalam pilihan raya yang akan datang. Satu juta rakyat berhimpuan adakah amaran yang cukup jelas – jangan tipu dalam PRU13.

Dari kajian lembaga akademia saperti MERAP – Malaysian Electoral Roll Analysis Project – umum telah diberitahu tentang rancangan jahat SPR untuk memasukan nama-nama ‘warga asing’ ke dalam senarai undi. Justeru, adalah membuang masa untuk saya menuliskan lagi contoh dan bukti penipuan yang sedang berjalan dan sedang dirancang.

Memadailah saya nyatakan disini sajelas mungkin bahawa 1 juta rakyat yang keluar ke jalan raya ialah amaran awal. Satu juta ini keluar untuk mendindingi diri mereka agar tidak lagi mahu kena tipu. Tetapi, jika United Malays National Organisation dan SPR menjalankan ‘projek tipu’ mereka dalam PRU13 ini nanti maka 1 juta ini hanya percubaan awal.

Jika pengundi dan rakyat merasakan mereka telah ditipu dalam PRU13 ini nanti bukan hanya satu juta yang akan turun ke jalan raya, bukan dua juta tetapi berjuta juta rakyat akan ke jalan raya. Semua akan bangun melawan kerana tidak mahu lagi ditipu dan dibodohkabn oleh SPR.

Memang betul ini bukan Arab Spring. Malaysia bukan Mesir. Malaysia bukan Arab. Kita memiliki budaya dan politk yang berbeza dengan budaya dan politik Arab. Justeru saya akui apa yang berlaku di Malaysia ini bukan Arab Spring tetapi apa yang sedang berlaku di sekarang ini ialah Malaysian Durian – keras , tajam tetapi isinya lemak, lembut dan manis.

Durian Malaysia inilah yang sedang memberi amaran kepada United Malays National Organisation dan baruanya yang bernama SPR. Satu juta yang akan berhimpun pada 12 Januari 2013 ini akan membawa kain rentang yang amat jelas – jangan tipu undi – kalau tipu undi 5 juta lagi akan turun – . Lima juta rakyat akan turun ke jalan raya jika mereka merasa mereka telah ditipu. Lima juta ini bukan satu amaran tetapi satu azam dan janji. ( TT)

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN tekini
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon 03-22-72-40-45

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.