Home » All Post, Headlines

Roadshow SAMM-ABU Dilancarkan Dengan Tema – AMARAN: TIPU PRU RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU!

Submitted by on January 31, 2013 – 5:15 PMNo Comment
Amaran Tipu PRU rakyat humban kamu
Kenyataan Umum
31 Januari 2013
 
Roadshow SAMM-ABU Dilancarkan Dengan Tema – AMARAN: TIPU PRU RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU!
 
Beberapa minggu yang lalu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah menerbitkan satu kenyataan media yang menyentuh pengakuan Tun Mahathir dalam penipuan pilihanraya dalam soal pemberian kad pengenalan kepada warga asing. Perenggan terakhir kenyataan tersebut yang membayangkan satu Roadshow akan dilancarkan oleh SAMM adalah seperti di bawah;
 

“Demi rakyat dan kecintaan terhadap negara ini, SAMM dengan kerjasama pelbagai organisasi massa akan sekali lagi menjelajah ke seluruh tanahair termasuk Sabah dan Sarawak bagi meniup kesedaran awam dalam isu babitkan warga asing dan juga menggerakkan massa untuk mengekang warga asing daripada menjadi pengundi talibarut regim pemerintah.

 
 1 Febuari 2013 menjadi tarikh penting bermulanya Roadshow anak muda demi pecutan akhir sebelum PRU-13. Menyedari PRU ke 13 ialah peluang terbaik menumbangkan regim warisan penjajah (Umno/Bn), maka Roadshow dijayakan oleh SAMM dengan bekerjasama rapat dengan sekutu-sekutu ABU, organisasi mahasiswa serta anak muda dan berkerjasama rapat dengan perbagai peringkat Pakatan Rakyat.
 
SAMM sebuah ormas muda bebas, bukan kerajaan atau front mana – mana parti politik tetapi mengambil sikap politik dan antara objektif jelas SAMM ialah mempersiapkan rakyat untuk perubahan dan menyedarkan hakikat perubahan hanya boleh bermula dengan jatuhnya Umno/Bn, maka untuk itu SAMM sentiasa berusaha bersungguh – sungguh menjatuhkan Umno/Bn dengan apa cara sekalipun. Untuk itu SAMM membuat keputusan untuk menjatuhkan Bn, PR seharusnya dibantu. SAMM bersekutu mendokong idea ABU iaitu bersekutu ke arah perubahan.
 
Sememangnya peluang untuk menang berdasarkan tapak sokongan amat cerah. Namun penipuan PRU menjadi musuh utama. Jesteru itu regim harus diberi amaran, rakyat harus dipersiap minda, berlaku saja penipuan yang memenangkan Bn maka dalam tempoh 24 jam rakyat harus turun ke jalan tanpa arahan.
 
Maka, Roadshow kali ini sememangnya khusus untuk menyampaikan ‘signal’ yang jelas kepada setiap kawasan tumpuan di seluruh tanahair selain menjadi medan pecutan akhir demi memberi fokus penyebaran maklumat semaksima mungkin terus kepada rakyat. Juga turut akan diedar di sepanjang Roadshow (dalam program pagi dan petang di setiap lokasi) ialah set risalah yang diterbit oleh gerakan ABU dan SAMM sendiri selain memastikan maklumat PR dapat turun terus ke tangan rakyat. Ia adalah Roadshow dengan strategi ‘serampang beberapa mata’.
 
Sempena Roadshow SAMM-ABU, beberapa sidang media juga akan berlangsung pada tarikh dan masa berikut;
 
Sidang Media: Pelancaran Roadshow SAMM-ABU “AMARAN: TIPU PRU, RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU”
Tarikh: 4 Febuari (Isnin)
Masa: 10 pagi
Lokasi: Dewan Perhimpunan Cina KLSCAH
 
Kepada semua editor, mohon jasa baik semua rakan media agar dapat menghantar wakil membuat liputan untuk semua sidang media di atas.
 
Disenaraikan juga dalam kenyataan ini, jadual ringkas Roadshow SAMM-ABU;

1 FEBUARI – MELAKA

[9pm] Rapat Pidato: Kg Parit Perawas, Sg Rambai (012-2478016)

3 FEBUARI – SELANGOR

[9pm] Rapat Pidato: Jalan Seroja 1, Bukit Sentosa, Rawang (012-3312364)

4 FEBUARI – PERAK

[9pm] Rapat Pidato: Kg Bahagia Teluk Intan (012-5595258)

5 FEBUARI – SELANGOR

[9pm] Rapat Pidato: Rumah Wak Kidam, Sg Air Tawar, Sabak Bernam (012-3312364)

Penceramah: Chegubard, Haris Ibrahim, Prof Aziz Bari

6 FEBUARI – JOHOR

[4pm] Taklimat & Agihan: Warong Wak Seran, Pekan Parit Betak, Benut, Pontian

[9pm] Rapat Pidato 1: No 15, Jalan Warong Felda Bukit Batu, Kulai

[9pm] Rapat Pidato 2:Dataran Pasti Bandar Putra, Kulai (012-7030747)

Penceramah: Chegubard, Haris Ibrahim, Mazlan Aliman

7 FEBUARI – JOHOR

[9pm] Rapat Pidato: Taman Kenanga, Jalan Bakri, Muar (017-3563823)

Penceramah: Chegubard, Haris Ibrahim, Cikgu Mala, YB Err Teck Hwa

8 FEBUARI – MELAKA

[1-2pm] Program Edaran Risalah: Masjid Al-Azim (Solat Jumaat)

[5pm] Taklimat & Agihan: Pusat Khidmat Msykt Tmn Asian, Kota Melaka (012-2478016)

9 FEBUARI – N.SEMBILAN

[5pm] Taklimat & Agihan: Bilik Gerakan PKR Batu 8, Labu

[9pm] Rapat Pidato: Felda Palong 2, Gemas (0123696474)

Penceramah: Chegubard, Haris Ibrahim, Pak Jabit

11 FEBUARI – TERENGGANU

[2.30pm] Hi-Tea Anak Muda: Kg Tajin, Kuala Berang

[5pm] Taklimat & Agihan: Pejabat PKR Negeri

[9pm] Rapat Pidato: Depan Kem PGA Kubang Badak, K.Terengganu (019-9809974)

Penceramah: Chegubard, Haris Ibrahim, Pak Jabit, Dr Balachandran

12 FEBUARI – KELANTAN

[5pm] Taklimat & Agihan: Pej PAS Pantai Irama, Bachok

[9pm] Rapat Pidato: Batu 2, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu (019-9317608)

Penceramah: YB Mahfuz Omar, YB Taqiyuddin, Chegubard, Haris Ibrahim

13 FEBUARI – PAHANG

[9pm]Rapat Pidato: Pejabat PKR Paya Besar, Permatang Badak, Kuantan (017-9573855)

Penceramah: Tn Haji Mat Sabu, Chegubard, Haris Ibrahim, Datuk Fauzi Abd Rahman

16 FEBUARI – SABAH

[5pm] Rapat Pidato: Garden of Hope, Kg Roun

Penceramah: DS Wilfred Bumburing, Datuk Kalakau, Chegubard

17 FEBUARI – SABAH

[7pm] Rapat Pidato: Kg Kelanahan, Papar

Penceramah: DS Wilfred Bumburing, Datuk Kalakau, Chegubard

18 FEBUARI – PERLIS

[3pm] Taklimat & Agihan: Kompleks PAS Perlis

[5pm] Hi-Tea : Pustaka Ilmu Beseri

[9pm] Rapat Pidato: Kg Seberang, Belakang Masjid Lama, Arau (019-4342244)

Penceramah: Chegubard, Haris Ibrahim, Hj Anuar Tahir

19 FEBUARI – KEDAH

[5pm] Taklimat & Agihan: Yayasan Aman Sg Petani

[9pm] Rapat Pidato: Kg Sungai Layar Hujung, Sg Petani (017-5568557)

Penceramah: Chegubard, Haris Ibrahim, Ust Mizan, Zamri Yusof

20 FEBUARI – PULAU PINANG

[5pm] Taklimat & Agihan: Chinese Muslim Restaurant, Bayan Baru

[9pm] Rapat Pidato: Bukit Panchor, Nibong Tebal (012-4702074)

Penceramah: Chegubard, Haris Ibrahim, Fauzi Shaari

21 FEBUARI – PERAK

[5pm] Taklimat & Agihan:

[9pm] Rapat Pidato: Kg Bukit Chawi, Kg Gajah (012-5595258)

Penceramah: YB Nizar, Chegubard, Haris Ibrahim, Dr Muhaimin Sulam

22 FEBUARI – SELANGOR

[5pm] Prog Edaran Risalah: Pasar Malam Bestari Jaya

[9pm] Rapat Pidato: Palm Grove, Persiaran Raja Muda Musa, Klang, (019-9809974)

Penceramah: Chegubard, Haris Ibrahim, Khalid Ismath

24 FEBUARI – KUALA LUMPUR (KEMUNCAK)

[3pm] Konvensyen TUNTUTAN RAKYAT

[8pm] Rapat Perdana: Mahkamah Rakyat

LOKASI : KLSCAH (010-2675872)

 

Maklumat lanjut akan diumum dalam sidang media 4 Febuari nanti.

Sekian

 
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
email peribadi: edyesdotcom@gmail.com
twitter: @edyesdotcom

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.