Home » All Post, Headlines, SAMM

SAMM Sokong Gerakan Mendesak Presiden FAM Letak Jawatan

Submitted by on January 2, 2013 – 4:13 PMNo Comment

presiden dan timbalannya

Kenyataan Terbuka
2 Januari 2013
 
SAMM Sokong Gerakan Mendesak Presiden FAM Letak Jawatan
 
Satu kumpulan anak muda peminat sukan tanahair yang menggelarkan diri mereka sebagai gerakan ‘Presiden FAM Sila Letak Jawatan’ (PFSLJ) telah muncul ketika bolasepak negara berada di paras paling merundum dalam sejarah. Kemunculan kumpulan ini yang mendesak presiden FAM meletakkan jawatan adalah suatu menifestasi yang wajar diberi perhatian.
 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memuji keberanian kumpulan anak muda PFSLJ yang diwakili oleh Alfadli Awaluddin dan seterusnya SAMM menyokong gerakan ini sebagai tanda mencintai sukan bolasepak yang diiktiraf sukan paling popular negara sejak ia diperkenalkan.
 
Bagi SAMM, sekiranya FAM benar-benar mengamalkan sikap profesionalisma dalam pengurusan FAM itu sendiri maka sebarang rombakkan tampuk kepimpinan tertinggi FAM adalah satu perkara yang sangat positif. Di sini SAMM melihat betapa kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden FAM adalah paling ideal untuk ditukar ganti dan SAMM yakin negara ini tidak ketandusan pemimpin yang berpengetahuan luas dalam bidang sukan bolasepak.
 
Sudah sekian lama sukan bolasepak tanahair tidak berada dalam kelompok utama kuasa bolasepak asia, malah bolasepak negara masih berada ditakuk di yang lama dan dipersenda oleh pasukan kerdil walaupun puluh jutaan ringgit telah dilaburkan. Prestasi ibarat yo-yo dan hanya menang satu kejohanan utama sejak berpuluh tahun tidak boleh dijadikan sandaran, atas nama profesional badan bolasepak FAM harus berevolusi dengan keputusan drastik.
 
SAMM juga melihat perletakkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden FAM adalah suatu yang sangat dinanti-nanti dan disokong oleh seluruh peminat bolasepak tanahair biarpun ia sukar diluahkan oleh faktor yang tertentu. Dari bancian dan maklum balas peminat, desakan perletakan jawatan tertinggi FAM amatlah dialu-alukan. Oleh sebab itu SAMM memuji gerakan yang dilakukan oleh Alfadli Awaluddin melalui PFSLJ dan ia adalah satu simbol keberanian anak muda.
 
Sekiranya tuntutan PFSLJ tidak dilayan, maka SAMM mengambil kesempatan ini untuk mengajak seluruh peminat bolasepak tanahair turun ke Kuala Lumpur pada tarikh 12 Januari 2013 (#KL112) kerana gerakan ini juga wajar diiktiraf sebagai satu gerakan rakyat, menuntut keadilan demi sukan negara.
 
 
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.