Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media, SAMM, Wilayah

Bala Selamat Sampai Ke Malaysia, Bakal Merungkai Misteri Di Sebalik Pembunuhan Altantuya

Submitted by on February 25, 2013 – 11:00 AMOne Comment

5 X 3 20pcs

Kenyataan Umum
24 Februari 2013

Bala Selamat Sampai Ke Malaysia, Bakal Merungkai Misteri Di Sebalik Pembunuhan Altantuya

Setelah empat tahun menghilangkan diri, akhirnya P.Balasubramaniam (PI Bala) kembali ke Malaysia dengan selamat. PI Bala muncul di ketibaan antarabangsa KLIA pada lewat petang tadi dan terus disambut oleh ratusan orang dari pelbagai pihak termasuklah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Bagi SAMM, kepulangan PI Bala ke tanahair tepat pada waktunya malah ia adalah satu simbol keberanian dalam usaha menyelamatkan negara ini dari terus dikuasai pasangan ‘penjenayah’ bebas.

SAMM yang menyambut PI Bala hari ini tidak terkejut apabila tindakkan pertama beliau setelah sampai ke Malaysia ialah dengan tegas menyatakan akuan bersumpahnya yang pertama yang terpalit nama Najib Razak adalah benar. Ini menunjukkan betapa seriusnya PI Bala untuk merungkai segala simpulan misteri di sebalik pembunuhan Altantuya.

PI Bala merupakan saksi paling berwibawa dalam kes pembunuhan Altantuya yang berkait rapat dengan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene. Ini adalah kerana PI Bala antara susuk yang terakhir bertemu dengan Altantuya ketika masih bernyawa. PI Bala juga dikatakan telah dibawa bertemu adik kepada Najib sebelum akuan bersumpah kedua dibuat susulan pertemuan tersebut.

Justeru itu, SAMM mempersiapkan sebuah pentas jelajah buat PI Bala sebagai saksi tragedi pembunuhan Altantuya, dengan sokongan pelbagai NGO dan gerup mahasiswa. Berikut adalah informasi bagi pentas yang pertama;

Talkshow: Rungkai Misteri di Sebalik Pembunuhan Altantuya
Tarikh: 27 Februari (Rabu)
Masa: 8.30mlm
Venue: Dewan KLSCAH (Berhampiran Monorail Maharajalela)
Panel: PI Bala, Chegubard (SAMM), Cynthia (SUARAM) dan Khalid Ismath (KAMI) dan Zunar (Kartunis)

SAMM menjemput kehadiran semua termasuk pengamal media dan diminta juga agar program penting ini dapat dihebahkan dengan maksima.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com
[email protected]
@edyesdotcom
010-2675872

RAYUAN SUMBANGAN UNTUK GERAKAN ANAK MUDA

 

One Comment »

  • Ahmad says:

    Salam SAMM,

    Tahniah satu usaha murni bagi penyampaian maklumat terus kepada rakyat Malaysia berhubung perkara sebenar yang berlaku langsung dari saksi utama kes Altantuya, PI Bala. Mohon agar program tersebut boleh access streaming on-line bagi yang tak berkesempatan. Juga supaya sebaran info yang lebih meluas secara langsung.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.