Home » All Post, Headlines

Gangnam Style: Tak logik penaja habiskan RM2 juta tapi sorok identiti – KeadilanDaily

Submitted by on February 13, 2013 – 10:57 AMNo Comment

psy penang

KUALA LUMPUR 12 FEB : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengkritik kerajaan Umno BN kerana merahsiakan penaja artis antarabangsa dari Korea Selatan, Psy yang menelan kos hingga RM 2 juta.

gang“Siapakah penaja yang sanggup bayar RM 2 juta tetapi merahsiakan? Bukankah penaja sepatutnya mahu tajaan mereka diketahui bagi mempromosi khidmat atau barangan mereka.

“Inilah kali pertama dalam dunia penaja buang duit tetapi mahu merahsiakan,” kata Pengerusi SAMM,  Badrul Hisham Shaharin dipetik daripada blognya, hari ini.

Beliau juga mempersoal tindakan Umno Pulau Pinang sebelum ini  mengkritik dan mempertikaikan aktiviti anjuran Kerajaan Pulau Pinang tetapi bersetuju dengan pembaziran itu.

“Adakah Umno Pulau Pinang bersetuju membawa artis Korea dengan RM 2 juta untuk menyanyikan satu lagu?”

Laporan berita sebelum ini mendakwa Umno-BN membelanjakan RM 2 juta hanya untuk membawa “Psy” mempersembahkan lagu “Gangnam Style” di program rumah terbuka Tahun Baru Cina Kerajaan Persekutuan di Georgetown, Pulau Pinang.

Akan tetapi, tujuan Umno-BN untuk meraih populariti daripada persembahan tersebut gagal dan menjadi buah mulut pelayar internet semasa Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan persembahan “Psy” kepada hadirin.

“Apabila ditanya adakah yang hadir bersedia untuk Psy, semua serentak mengatakan ‘Ya’,” kata Badrul Hisham.

“… Malangnya apabila dia mengambil kesempatan dengan bertanya adakah bersedia untuk BN? Majoriti yang hadir menjawab ‘Tidak’.”

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44877

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.