Home » All Post, Headlines

[GEMPAR] Bekas polis dakwa AJK Umno seleweng RM500,000 – Harakahdaily

Submitted by on February 5, 2013 – 11:38 AMNo Comment

bekas polis

Salmiyah Harun,04 Feb 2013

KUALA LUMPUR:Sebanyak RM500,000 geran bantuan oleh kerajaan khusus untuk Tabung Kebajikan dan Pentadbiran Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) didakwa diseleweng oleh AJK Umno bahagian di Negeri Sembilan.

Naib Presiden PBPM Nasiruddin Mohamed berkata, penyelewengan itu berlaku sebaik AJK Umno terbabit menjawat jawatan Presiden PBPM yang didapati terlibat dalam pelanggaran fundamental peruntukan undang-undang.

Tambahnya, sejumlah RM200,000 pula didakwa telah dipindahkan ke sebuah syarikat yang beralamat di Klang di mana ia bertindak sebagai orang tengah untuk mendapatkan geran tersebut sebagai bayaran komisyen.

Tegasnya, wang tersebut turut disalah guna seperti membuka syarikat, mengadakan majlis makan malam untuk berkempen dan membayar yuran peguam sehingga mencecah ratusan ribu supaya pimpinan terbabit dapat mengekalkan kuasanya melalui mahkamah.

Bukan itu sahaja, katanya, sijil simpanan tetap untuk tabung bangunan PBPM yang berjumlah lebih RM200,000 hilang dan dicairkan sedangkan sijil asal berada dalam simpanan persatuan.

Malangnya, kata beliau walaupun laporan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sudah dibuat tetapi sehingga hari ini masih tidak ada respons.

“Kita ada lebih 100,000 ahli diluar sana yang mana perlu dijaga kebajikan mereka, malangnya geran yang ada untuk membantu mereka disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

PBPM mendesak agar Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan segera kerana jelas mereka yang terbabit dalam penyelewengan ini menyalahi Undang-undang Pertubuhan Persatuan dan Akta Pertubuhan 1966.

Menurut Nasruddin, isu penyelewengan ini bermula sejak krisi kepimpinan persatuan pada tahun 2005 di mana telah memutar belit fasal-fasal dalam undang-undang tubuh PBPM dan perlembagaan persatuan dijadikan pertaruhan oleh pihak yang berkepentingan untuk mengekalkan kuasa.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Katanya, pemimpin terbabit telah membuat pemalsuan tanda tangan semasa mengendalikan mesyuarat agung bagi peringkat negeri Kedah pada 15 Disember 2008 iaitu sebelum berlangsungnya perhimpunan agung pemilihan majlis tertinggi PBPM pada 24 Januari 2009.

Pemimpin Umno terbabit, katanya turut terlibat dalam menghantar dan mengisytiharkan laporan palsu kepada Pendaftaran Pertubuhan Wilayah Persekutuan bahawa pemilihan ahli majlis pada Januari 2009 sebagaimana perintah mahkamah.

Sedangkan katanya, semasa melaksanakan perhimpunan agung itu pemimpin berkenaan telah bersubahat dan dengan sengaja gagal mematuhi Undang-undang tubuh serta Akta Pertubuhan 1966.

“Beliau juga terlibat dalam mengatur kehadiran perwakilan haram dari Pulau Pinang untuk mengundi dan memilih beliau sebagai presiden PBPM sedangkan pendaftaran Persatuan Pulau Pinang telah dibubarkan pada 25 Jun 2008,” katanya.

Ekoran tindakan itu, jelas Nasruddin Kementerian Dalam Negeri mengambil inisiatif membantu menyelesaikan krisis ini malangnya geran tersebut telah diserahkan kepada pimpinan Umno terbabit yang bertindak pengendali mesyuarat agung di peringkat negeri dan pusat.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.