Home » All Post, Gambar Pilihan, Headlines

Hampir 80 ribu berdemo desak PAS keluar dari Pakatan Rakyat

Submitted by on February 15, 2013 – 3:42 PMNo Comment

bantahan-300x208

SEREMBAN: Sekumpulan lapan pemuda yang mendakwa diri mereka ahli PAS mengadakan bantahan mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. Bantahan tersebut diadakan di sebuah tempat letak kereta berhampiran dengan Bangunan Majlis Perbandaran Seremban, petang tadi.

Jurucakap kumpulan tersebut Mohd Abi Naufal Mohd Sohaimi yang mengaku ahli PAS cawangan Rasah dan Bahagian Seremban menyarankan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

“Kami kecewa dengan DAP; Pengerusi DAP, Karpal Singh; Setiausaha DAP, Lim Guan Eng serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Kalimah Allah kerana masih berdegil dan enggan menerima keputusan Majlis Syura PAS.

“Kami petugas PAS Pilihan Raya Umum ke-12 (2008) ingin penjelasan daripada Majlis Syura, apa hukum kini (2013) jika kami membantu DAP dan PKR dalam Pilihan raya Umum ke-13? Apakah kami kufur?

Notakaki: Setiap seorang daripada peserta demo mewakili kekuatan 10 ribu… Ini juga kali pertama dalam sejarah, sepanduk melebihi peserta…

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.