Home » All Post, Gambar Pilihan, Headlines, P.Pinang, Perak, SAMM

Kemuncak Fasa Pertama Roadshow #AmaranPRU: Semalam di P.Pinang, Perak Hari Ini

Submitted by on February 21, 2013 – 11:39 AMNo Comment

Roadshow #AmaranPRU terus kejayaan demi kejayaan di utara tanahair dengan mencapai matlamat yang disasar. Dua hari di Perlis dan Kedah sebelum ini menyaksikan semua parlimen tumpuan sedia untuk digempur oleh komrad SAMM.

Semalam seharian di Pulau Pinang, beberapa aktiviti telah berlangsung termasuklah taklimat penerangan dan pengagihan bahan ‘perang’ kepada seluruh komrad di Pulau Pinang dan juga organisasi anak muda yang bersama ingin bersama mengekal rentak kemenangan Pakatan Rakyat di P.Pinang. Satu pertemuan anak muda juga berlangsung di sebuah restoran cina islam di Bayan Baru, P.Pinang pada lewat petang.

pertemuan anak muda dan taklimat

Taklimat dan pertemuan anak muda di Restoran Cina Islam

Manakala di sebelah malam pula, Ceramah Umum #AmaranPRU peringkat Pulau Pinang berlangsung di Bukit Panchor, Nibong Tebal dengan kehadiran ribuan pengunjung.

Setakat jam11.30pm

Ribuan di tapak pasar malam Bukit Panchor, N.Tebal

Laungan “Amaran: Tipu PRU rakyat bangkit humban kamu” bergema di Pulau Pinang dan menjadi pedoman untuk rakyat bersedia tanpa arahan untuk bertindak dalam tempoh 48 jam jika penipuan pilihanraya tetap berlaku.

Chegubard di PP

Chegubard menyampaikan amanatnya khusus kepada anak muda

Haris Ibrahim di Ppinang

Haris cukup garang dalam menyampaikan pidatonya, ekspresi menerbitkan sifat perlawanan

Selain Chegubard, turut bersama menyampaikan pidato dalam jelajah di P.Pinang ialah peguam yang tidak asing lagi menentang kebejatan regim iaitu sdr Haris Ibrahim yang ketika ini bersama memimpin gerakan Asalkan Bukan Umno, ABU yang diimprovasi. Juga turut serta susuk yang pernah menjawat jawatan nombor tiga PDRM, Bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM Dato Fauzi Shaari.

Walaubagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng tidak dapat menghadiri ceramah perdana pada malam semalam di atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Hari ini, merupakan hari ke-4 Roadshow #AmaranPRU di utara akan berlangsung di Perak, menjadi medan terakhir fasa pertama jelajah yang membangkit keberanian rakyat. Venue jelajah di Perak telah bertukar sebanyak tiga kali, dari Teluk Sarih ke Kg Bukit Chawi, tukar pula ke MTD PAS Kg Gajah setelah pemilik tanah dua tempat terawal diugut dan ditekan oleh pemerintah ‘haram’ negeri Perak.

Ayuh hadir malam ini di MTD Kg Gajah dan dapatkan T-shirt khas yang dikeluarkan sempena Roadshow #AmaranPRU. Tshirt yang diperkenalkan SAMM dijual bagaikan ‘pisang panas’ dengan harga hanya RM10 sehelai (dengan kualiti baik) dan dengan harga RM10 ini hanya boleh didapati dalam Roadshow #AmaranPRU sahaja.

gamber pilian

Model dari SAMM Pahang

tshirt SAMM

Model dari SAMM P.Pinang

Ayuh hadir malam ini demi memeriahkan gerakan anak muda dan memartabatkan demokrasi dalam negara dengan satu AMARAN iaitu “Jika Tipu PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu!!”. Ini adalah kemuncak untuk fasa pertama jelajah SAMM-ABU, InshaAllah fasa kedua Roadshow #AmaranPRU akan dilancarkan menemui semua di seluruh negara dalam masa terdekat.

Sekian,

Edy Noor Reduan

Pengarah Propaganda SAMM

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.