Home » All Post, Headlines, Sarawak

Lawatan SAMM Sarawak ke Perkampungan Terpencil di Pusat Pembuangan Sampah Miri di Kuala Baram

Submitted by on February 26, 2013 – 3:08 PMOne Comment

 

Kenyataan Terbuka

26 Februari 2013

Lawatan SAMM Sarawak ke Perkampungan Terpencil di Pusat Pembuangan Sampah Miri di Kuala Baram

Semalam iaitu 25 Februari 2013, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sarawak telah memasuki kawasan pembuangan sampah di Batu 1 Kuala Baram untuk melawat sebilangan jumlah penduduk majoriti orang tempatan Sarawak yang datang dari luar daerah Miri, menetap di sini mencari rezeki.

bertemu penduduk berbangsa iban

SAMM Sarawak tiba dan terserempak penduduk tempatan

 

Kanak kanak

Tidak terkata melihat anak ini

 

SAMM Sarawak melihat sendiri kedaifan hidup dari apa yang telah diuar-uarkan sebelum ini. Tiba di kawasan tersebut sekitar jam 5 petang, mendatangkan perasaan sedih apabila mengenang nasib rakyat negara sendiri.

Kawasan perkampungan terpencil di Kuala Baram ini menyaksikan kebanyakkan penduduk telah menetap selama lebih 40 tahun melampaui dua hingga tiga generasi. Kini lebih 20 keluarga menetap Kampung Batu 1, Kuala Baram.

Bendera Sarawak berkibar

Bendera Sarawak Berkibar

Keadaan sekeliling kawasan dipenuhi oleh sampah sarap yang amat teruk sekali. Kerajaan BN di Sarawak tidak mengambil endah nasib yang dialami oleh penduduk di kawasan ini. Faktor kesihatan penduduk di sini juga menjadi pertaruhan memandangkan betapa mudahnya penyakit menular dari longgokkan sampah dan air licik.

Kawasan Sekeliling

Kawasan sekeliling

Kanak-kanak di sini juga tercicir persekolahan kerana keluarga terbabit tidak mampu dari segi kewangan dan pendapatan hanya bergantung pada hasil kutipan pembuangan sampah seperti tin, besi dan selagi ada bahan yang dapat dikitar semula untuk dijual.

Rumah usang

En Jenbol menjemput kami naik ke rumahnya

keluarga jenbol

Keluarga Jenbol

Penduduk di sini juga bergantung kepada air hujan untuk minum & masak, menggunakkan air longkang di depan rumah untuk mandi. Penduduk juga terpaksa menyewa sebuah generator yang disambung ke beberapa buah rumah.

sumber air untuk mandi

Sumber air untuk mandi

Apakah kerajaan negeri Sarawak tidak tahu apa yang berlaku di perkampungan Batu 1, Kuala Baram ini? Ini bukan warga asing, mereka ialah warganegara Malaysia, orang tempatan.

SAMM Sarawak mendesak kerajaan negeri Sarawak memberi penempatan yang baru yang lebih sesuai kepada lebih 20 keluarga yang menetap di sini.

angpau 2

Penduduk dan kanak-kanak menerima Ang Pau dari SAMM

Menerima AngPau

Walaupun Sambutan Tahun Baru Cina telah berlalu, SAMM mengambil kesempatan mengedar oren mandarin dan Ang Pau untuk meraikan penduduk Kampung Batu 1, Kuala Baram walaupun rata-ratanya penduduk berbangsa iban.

bersurai

Bergambar dengan sebahagian kecil penduduk sebelum bersurai

 

SAMM Sarawak juga merancang aktiviti susulan di tempat yang sama pada masa akan datang, dengan kali ini membawa bersama doktor dan ubat-ubatan, serta barangan keperluan asas untuk warga saudara kita yang tidak bernasib baik ini.

Laporan oleh:

Ray Thomas @ Raymond
Penyelaras SAMM Sarawak

www.anakmudamalaysia.com
(0111-582-0525/014-5777411)

 

One Comment »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.