Home » All Post, Headlines

MOHON PENJELASAN TNB MENGENAI PRAI POWER PLANT: KENAPA SAMSUNG DAN APA PENGLIBATAN ANAK NAJIB

Submitted by on February 13, 2013 – 3:16 PMOne Comment

tnb

Kenyataan Umum
12 Januari 2013

MOHON PENJELASAN TNB MENGENAI PRAI POWER PLANT: KENAPA SAMSUNG DAN APA PENGLIBATAN ANAK NAJIB

Telah diadakan pertemuan tidak rasmi dengan pihak yang terbabit menganugerahkan tender Prai Power Plant, beberapa individu tersebut meminta dirahsiakan indentiti mereka dan mereka telah membetulkan beberapa fakta mengenai Projek Prai Power Plant. Di sini SAMM ingin membetulkan beberapa kekeliruan dan mempertegaskan pertikaian SAMM dalam isu ini.

  1. Projek pembinaan Prai Power Plant telah dianugerahkan tender oleh Suruhanjaya Tenaga kepada Tenaga Nasional Berhad. Tender telah tutup sekitar Mac 2012, 9 syarikat telah disenarai pendek dengan 5 syarikat telah secara terang menyatakan rakan gabungan mereka bagi melaksanakan projek besar ini. 5 syarikat tersebut juga ditandakan sebagai pendahulu. Melalui pengumuman awam TNB disebut dengan jelas tanpa menyebut TNB masuk sebagai anak syarikat atau syarikat induk dan ia bukan tersenarai sebagai pendahulu.
  2.  Namun sekitar Disember 2013 telah diumumkan TNB memperolehi projek tersebut dan pada Januari 2013 diadakan pula satu majlis tandatangan perjanjian TNB telah memberikan anugerah projek tersebut yang diperolehinya kepada Samsung Engineering & Contraction.
  3. Persoalanya kini adakah adil TNB sebagai entiti berimej negara dan organisasi peneraju pembekalan elektrik negara mendapat projek tersebut. Adakah adil bagi yang lain masuk bersaing membida dan membelanjakan ratusan ribu bagi harga borang tender dan ‘konsultan’ bagi mengisi borang tender dan akhirnya dapat projek mega ini kepada sebuah entiti berimej kerajaan. Jika ini bukankah lebih baik projek tersebut diserahkan sahaja kepada TNB dan biarkan sahaja TNB membuka tender menguruskan untuk membuka tender dan hendak diberi kepada siapa. Adakah TNB pembida terendah, tanpa mendedahkan siapa rakan kongsi membida adakah ia memenuhi kreteria merit sepenuhnya ?
  4. Persoalan juga muncul apabila beberapa gambar anak Najib (PM) bersama beberapa watak penting dalam syarikat Samsung dilihat bersama ketika ‘time frame’ ramai sibuk melobi projek mega tersebut. Adakah ia hanya kebetulan? Siapa anak Najib ini apa urusan pertemuan bersama beberapa watak penting Samsung tersebut ?

    satu dari beberapa keping gambar anak Najib muncul bersama watak-watak penting Samsung, apa urusan dia ? Gambar – gambar yang lain akan didedahkan kemudian.
    Vice-president, regional HQ South-East Asia iaitu watak yang sama muncul dalam salah satu gambar bersama anak Najib muncul kemudian dalam majlis tandatangan bersama TNB
  5. TNB sebuah entiti berimej kerajaan dan setiap perbelanjaan TNB pula pasti akan memberi kesan langsung terhadap tarif elektik yang akan menimpa pengguna. Maka sewajarnya rakyat perlu tahu dan memohon penjelasan apa kreteria Suruhanjaya Tenaga memberi anugerah projek Prai Power Plant kepada TNB dan TNB pula apa kreteria penganugerahan projek tersebut kepada Samsung ? Adakah wujud proses bidaan terbuka dan yang menghasilkan Samsung sebagai rakan kongsi terbaik  untuk dipilih ?
  6. Sememangnya SAMM punya banyak beza pandang dengan syarikat pembida lain seperti Malakoff , YTL dan sebagainya yang sudah ditanda sebagai pendahulu bidaan namun apapun ia libat jumlah wang besar, jika projek ini diperolehi oleh gabungan syarikat tempatan maka sudah tentu nilai aliran wang keluar terkawal, peluang pekerjaan, perniagaan & kemahiran teknologi diagih rasa sesama warga tempatan. Dalam perkambangan ini kelihatan seperti kroni sendiri juga telah diketepikan dalam keghairahan meraih keuntungan besar.
  7. Penganugerahan projek ini juga dilihat tergesa gesa dan cuba mengelak media. Jarang sekali majlis tandatangan projek sebesar RM 2.47 b tidak dihadiri menteri, adakah ia strategi mengurangkan perhatian umum kepada projek ini ?
  8. Apapun, Suhuhanjaya Tenaga dan TNB harus tampil memberikan penjelasan. Tampil dan berilah penjelasan semuanya proses dilakukan dengan betul kerana selaku rakyat biasa kami ada hak untuk mendapatkan penjelasan bagi merungkai keraguan ini.
  9. Jika tidak punya penjelasan SAMM bersedia untuk mengajak semua khususnya NGO ekonomi seluruh negara untukbertindak. Keperihatinan SAMM terhadap isu ini berteraskan peluang pembangunan modal insan khususnya anak muda melalui perkongsian ilmu dan menjaga aliran keluar wang yang begitu besar khususnya dalam keadaan ekonomi yang amat tidak stabil. SAMM telah mendapat respon dari NGO sekutu di sana mengenai beberapa carian maklumat. dalam masa terdekat SAMM akan hadir ke kedutaan Korea Selatan di Malaysia secara rasmi berkaitan urusan berkenaan kes ini dan dalam masa terdekat SAMM akan hadir juga ke SPRM sekali lagi bagi menyerahkan beberapa carian terbaru yang diperolehi.

Ditegaskan SAMM menimbulkan semua keraguan ini (bukan tuduhan) demi menjaga kepentingan rakyat terbanyak.

Sekian.

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Web Rasmi       :    www.anakmudamalaysia.com
Email Rasmi     :    [email protected]
Blog Peribadi   :    http://chegubard.blogspot.com
Email Peribadi  :    [email protected]
Tweeter             :     @chegubard
Fanpage FB      :    http://www.facebook.com/pages/CheGuBard

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

One Comment »

  • True says:

    Pls read this..

    The agreements comprise of the Engineering, Procurement and Construction (EPC) contract for the Prai Power Plant with Samsung Engineering & Construction Malaysia Sdn Bhd, a Long Term Service Agreement (LTSA) with Siemens AG for a period of 20 years and an Operation and Maintenance Agreement (OMA).

    The 1,071MW power plant will follow strict emission limits set by the World Bank, with efficiency values of over 60 per cent.

    The EPC contract, signed between TNB Northern Energy and Samsung E&C is TNB’s first collaboration with Samsung E&C. One of the key features in the contract is the inclusion of a structured technology transfer package.

    The LTSA, meanwhile was inked between TNB Perai Sdn Bhd and Siemens. As for the OMA, it was between TNB Perai Sdn Bhd and TNB REMACO.

    Signing for TNB Perai Sdn Bhd for the LTSA was TNB Vice President, New Business and Major Projects, Dato’ Ir. Mohd Nazri bin Shahruddin while for Siemens AG, was Siemens Malaysia Sdn Bhd President and CEO, Prakash Chandran.

    For the EPC contract, TNB Northern Energy was represented by its Director, Mustaffa Jaafar while Samsung E&C, by its VP Regional HQ Head SEA, Singapore, Paul Shin.

    The OMA was signed by TNB REMACO Managing Director, Azman Mufti while TNB Dato’ Ir. Mohd Nazri signed for TNB Perai.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.