Home » All Post, Headlines

PM lobi syarikat asing RM2.47 bilion untuk kroni? – KeadilanDaily

Submitted by on February 1, 2013 – 11:45 PMNo Comment

samsung

KUALA LUMPUR 29 Jan: Penganugerahan terus projek pembinaan Prai Power Plant RM2.47 bilion kepada syarikat asing, Samsung Enggineering & Conctruction, menimbulkan persoalan kerana syarikat tersebut didakwa tidak termasuk dalam senarai pendek.

Mendedahkan perkara itu, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard berkata, hasil maklumat yang diterimanya, syarikat tersebut tidak melalui tender terbuka seperti sembilan lagi syarikat tempatan yang turut menghantar proposal sebelum disenarai pendek.

chegu bard“Ini jelas melanggar nilai merit yang diambil kira dalam penilaian tender. Menjadi polisi kerajaan iaitu sebuah syarikat asing harus bergabung dengan syarikat tempatan demi perkongsian pengalaman dan agar dana yang besar tidak hanya teralir keluar tetapi turut dinikmati dan memperkukuhkan korporat tempatan.

“Projek ini langsung tidak ada perkongsian dengan syarikat tempatan. Ini bererti hampir 100 peratus wang negara teralir ke luar. Malah selepas siap (projek), Samsung Engeenering dikatakan terus keluar dan langsung tidak ada sumbangan untuk negara. Jika ada pun, amat minima,” katanya pada kenyataan.

Menurut Ketua Cabang KEADILAN Rembau itu, berdasarkan maklumat tersebut, didapati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertemu Presiden Samsung bagi usaha melobi projek berkenaan.

“Dirakamkan juga pertemuan di Korea Selatan di antara Perdana Menteri dengan Presiden Samsung untuk usaha melobi. Ia bukan sahaja berlaku di kalangan mereka berkedudukan rasmi sahaja malah turut libatkan anak PM.

“Mungkin kerana usaha lobi sudah terlalu giat, walaupun Menara Warisan 118 tingkat masih belum tentu hujung pangkal, namun Samsung mendapat anugerah projek Prai Power Plant yang bernilai keuntungan jauh lebih besar dari Menara Warisan,” ujarnya.

Samsung Enggineering & Conctruction bukan asing di Malaysia kerana pernah terlibat membina menara KLCC, namun rekod menyatakan pembinaan tersebut hampir 100 peratus menggunakan khidmat kontraktor Korea Selatan dan luar negara yang dipilih syarikat itu sendiri.

Berdasarkan rekod, syarikat daripada Korea Selatan tersebut didakwa turut terlibat projek kontroversi pembinaan menara warisan yang mempunyai 118 tingkat.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.