Home » All Post, Headlines, Mahasiswa, Wanita Muda

Program “Setitis Darah Sejuta Harapan & Jom Derma Organ” SAMM Berjaya Capai Sasaran

Submitted by on February 25, 2013 – 10:21 AMNo Comment

Kenyataan Terbuka

25 Feb 2013

Program “Setitis Darah Sejuta Harapan & Jom Derma Organ” SAMM Berjaya Capai Sasaran

Pada 24 hb Febuari 2013 bertempat di Pusat Darah Negara, Solidiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah menganjurkan Program “Setitis Darah Sejuta Harapan & Jom Derma Organ” melalui segmentasi Wanita Muda dan Mahasiswa SAMM dengan kerjasama Pusat Darah Negara dan Pusat Sumber Transplan Nasional. Sambutan yang diterima amat mengalakkan daripada warga SAMM mahupun dari penyokong-penyokong SAMM.

IMG-20130224-00585

Chegubard menurunkan tandatangan ikrar derma darah

Ketua Penyelaras SAMM sdr Chegubard telah mengetuai 70 komrad SAMM dan penyokong yang hadir menderma darah serta menurunkan tandatangan sebagai penderma organ. Hasilnya seramai hampir 200 peserta menderma darah dan juga seramai 127 peserta mendaftarkan diri sebagai penderma organ. Pegawai dari Pusat Transplan Nasional, En Mohamad Ali menyatakan bahawa ini adalah antara ikrar penderma paling ramai berbanding program-program lain sebelum ini kerana kebiasaannya hanya 20-30 orang sahaja yang turun tandatangan dalam satu-satu masa.

IMG-20130224-00584

Chegubard menyampaikan cenderahati dari SAMM buat En Mohamad Ali

Program ini secara tak lansung telah membuktikan selain daripada tanggungjawab dalam membetuk kesedaran orang ramai berkenaan penyelewengan UMNO dan Barisan Nasional tetapi SAMM memenuhi tanggungjawab sosial dengan menganjurkan program berbentuk kemasyakatan.

Derma darah dan organ di PDN

Sebahagian dari peserta yang datang awal sempat bergambar setelah selesai perasmian

Kempen menderma darah dan organ ini merupakan signifikasi yang besar buat anak muda kerana sedia berkorban diri demi tanahair. Walaupun SAMM dikenali dengan sifat radikal anak muda, namun tanggungjawab kepada negara, nusa dan bangsa tidak dilepaskan. Sesungguhnya derma darah ini juga ‘radikal’ dalam maksud keberanian yang memberi manfaat kepada semua.

Bandar Kuala Lumpur-20130224-01740

Presiden gerakan Mahasiswa KAMI, sdr Khalid Ismath turut memberi sokongan kepada dan menderma darahnya dengan baju BERSIH

IMG-20130224-00590

Antara komrad SAMM yang hadir sebagai peserta

Bandar Kuala Lumpur-20130224-01741

Chegubard dengan aksi derma darahnya

Segmentasi Wanita Muda dan Mahasiswa SAMM mengucapkan tahniah kepada para peserta yang hadir dan yang telah menderma darah dan juga kepada peserta yang mendaftarkan diri sebagai penderma organ. Begitu juga kepada semua pertugas dan kakitangan Pusat Darah Negara yang membantu menjayakan program derma darah dan derma organ.

Sekian.

Wan Farel
Penyelaras Mahasiswa SAMM

 Young shefura Othman 
Penyelaras Wanita Muda SAMM

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.