Home » All Post, Headlines, Johor, Kelantan, Melaka, N.Sembilan, Pahang, SAMM, Selangor, Terengganu, Wilayah

RENTETAN PERJALANAN ROADSHOW #AmaranPRU SAMM-ABU DAN PERHITUNGAN SETERUSNYA

Submitted by on February 16, 2013 – 11:21 AMNo Comment

Catatan Umum
15 Februari 2013

RENTETAN PERJALANAN ROADSHOW #AmaranPRU SAMM-ABU DAN PERHITUNGAN SETERUSNYA

Roadshow ‘Amaran : Tipu PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu’ akhirnya dilancarkan seperti yang dijanjikan. Program ini ialah terdiri dari ceramah kecil dan besar, pertemuan anak – anak muda diperbagai peringkat bagi menyedarkan betapa kemenangan itu terlalu hampir. Hashtag #AmaranPRU dipilih menjadi Hashtag rasmi Roadshow.

amaran

Juga aksi yang disendatkan dalam Roadshow kali ini ialah operasi membanjirkan rakyat dengan maklumat. SAMM dengan kerjasama ABU dan beberapa organisasi lain telah dan sedang menghasilkan perbagai bahan edaran. Sistem edaran yang SAMM inisiatifkan ini terus ke pintu rumah, kami mengurangkan edaran di tempat awam untuk mengurangkan ‘counter attack’ dan memberikan penerima maklumat waktu dan suasana yang selesa untuk ‘menghadam’ maklumat yang dihantar. Semua risalah dan bahan yang dihantar tidak berimej parti politik tetapi punya masej jelas dan tajam. Ia sesuai untuk sasaran seperti Umno tegar dan seumpamanya. Operasi ini dinamakan ‘Smoke Operation’.

Anak muda seharusnya berani tampil kedepan berjuang bersama parti politik. Untuk menjatuhkan Bn tidak ada pilihan lain selain dari mendokong PR buat masa ini. Namun dalam keghairahan tersebut strategi jahat penipuan regim seharusnya diberikan tumpuan dan di dedahkan. Rakyat dipersiapkan minda masuk PRU bersungguh – sunggguh tetapi jika penipuan diteruskan rakyat perlu turun ke jalantanpa arahan. Rangka teliti juga di susun 48 jam dari penipuan rakyat akan ke jalan.

Maka turut menjadi tumpuan pecutan akhir Roadshow kali ini juga mempunyai objektif yang konkrit iaitu menyusun sukarelawan SAMM setiap program kecil dan besar menyeru semua orang khususnya anak muda. Masa untuk anak muda duduk di balik facebook dan menekan butang ‘like’ sahaja sudah berlalu. Ini masa praktis, turun secara fizikal tampil membuat kerja sesuai dengan cita – cita merubah negara.Pertemuandan latihan sukarelawan menjadi tumpuan.

Berikut adalah rentetan penting sepanjang Roadshow yang selesai di negeri-negeri tengah semenanjung, negeri selatan dan pantai timur tanahair;

FEB 1: Bermula dari Melaka, Roadshow #AmaranPRU telah dilancarkan dengan tema “Amaran: Tipu PRU Rakyat Bangkit Humban Kamu”. Kg Parit Perawas Sg Rambai, Melaka menjadi tempat ceramah pertama dan bermulalah Roadshow SAMM-ABU.

Ceramah di Melaka

Ceramah di Parit Perawas, Sg Rambai Melaka

FEB 2: Selama 2 hari SAMM bermukim di Parit Pahlawan, Sg Rambai Melaka bagi memperkemas gerakan dan menyusun agenda terpenting detik hari mengundi hingga detik keputusan diumumkan SPR selepas pengiraan undi. SAMM komited dan bersedia untuk menjadi sandaran anak muda memegang peranan terpenting pada detik paling kritikal PRU-13.

pemukiman

Rapat Pengurusan SAMM secara ‘ala-kadar’ di Melaka

FEB 3: Roadshow seterusnya SAMM menempuhi negeri Selangor di dua lokasi, Bukit Sentosa dan Tapak Pasar Malam Bukit Rawang Jaya, di Rawang.

FEB 4: Teluk Intan menjadi destinasi Roadshow seterusnya dengan agihan risalah untuk Parlimen tumpuan dan Ceramah Perdana pada sebelah malam di Kg Bahagia, T.Intan. Ceramah malam ini juga menyaksikan kemunculan semula YB Hatta Ramli yang mengalami kemalangan sebelum ini, naik ke pentas bersama Chegubard.

FEB 5: Raodshow #AmaranPRU kembali ke Selangor Sabak Bernam menjadi lokasi salah satu Parlimen tumpuan SAMM-ABU. Walaupun kondisi kesihatan tidak berada dalam keadaan baik, Penyelaras gerakan ABU iaitu sdr Haris Ibrahim turut menyampaikan ceramah pada malam tersebut bersama Chegubard.

amaran

Roadshow #AmaranPRU ke Selatan Tanahair

FEB 6: Tanpa henti, SAMM terus ke selatan tanahair iaitu negeri Johor bermula ceramah mini sebelah petang di Parit Betak, Benut dan sebelah malam terdapat dua Ceramah Perdana di Parlimen tumpuan Kulai iaitu Felda Bukit Batu dan juga Bandar Putra, Kulai. Ketika sesi ceramah di Felda Bukit Batu, terdapat sekumpulan 40 anak muda bermotorsikal yang hadir ke tapak ceramah pada awalnya difahamkan untuk mengganggu ceramah. Namun kematangan yang terbit entah dari mana, kumpulan anak muda bermotor seramai 40 orang ini tidak pula mengganggu malah mematikan enjin motosikal dan mula mendengar ceramah. Ini menunjukkan bukan semua anak muda mudah berserah dengan wang ringgit yang ditaburkan demi menafikan saki-baki demokrasi yang ada. Ia satu perkembangan yang sangat baik. Mazlan Aliman juga bersama memberi #AmaranPRU.

FEB 7: Masih di Johor, kali ini SAMM turun ke kawasan Parlimen tumpuan seterusnya di Johor iaitu di Muar dan Bakri. Sebelah petang, satu pertemuan anak muda telah berlangsung di Kg Sarang Sg Buaya di Muar, awal malam SAMM memberikan taklimat dan mengagihkan bahan risalah di Pejabat Keadilan Parit Jawa sebelum Ceramah Perdana di Taman Kenanga, Jalan Bakri, Muar. Antara penceramah yang turut bersama ialah YB Er Teck Hwa dan bekas calon PRK Tenang Cikgu Mala.

Taklimat di Pasir Gudang

Pertemuan anak muda di Johor untuk menyusun ‘smoke operation’

FEB 8: Taklimat dan agihan bahan risalah berlangsung di Pusat Khidmat Masyarakat Taman Asean, Kota Melaka. Antara Parlimen Tumpuan di Melaka ialah Parlimen Alor Gajah.

Taklimat di Melaka

Taklimat dan pengagihan bahan risalah di Melaka

FEB 9: Setelah selesai di Johor dan Melaka, Negeri Sembilan merupakan negeri terakhir dalam siri Roadshow #AmaranPRU siri selatan. Namun pada sebelah pagi SAMM memintas ke Kuala Lumpur singgah di Sentul untuk satu ceramah kelompok yang mendapat sambutan luar biasa dari penduduk setempat di kawasan rumah flat. Program petang pula di bilik gerakan PKR Batu 8, Labu N.Sembilan. Kemuncak Roadshow di N.Sembilan, SAMM merentas beberapa daerah sebelum tiba di Palong 2 untuk Ceramah Perdana #AmaranPRU.

Taklimat BB Sentul

Taklimat di Bandar Baru Sentul

Taklimat Labu

Hi-Tea di Batu 8, Labu N.Sembilan

Ceramah Palong

Ceramah Perdana di Palong 2

FEB 10: Tahun Baru Cina

Roadshow #AmaranPRU ke negeri Pantai Timur

FEB 11: Roadshow #AmaranPRU bergerak ke pantai timur dan tiba di Kuala Berang untuk satu pertemuan anak muda, taklimat dan pengagihan bahan risalah di Kg Tajin. Sebelah malam Ceramah Perdana berlangsung berhampiran kem PGA Kubang Badak, Kuala Terengganu. Antara Parlimen yang menjadi tumpuan ialah K.Terengganu dan Kuala Nerus. Selain Chegubard, YB Azan Ismail dan pelakon Man Kadir (Pak Jabit) turut serta memberi penerangan.

cb berucap hitea

Taklimat dan pertemuan anak muda di Kuala Berang

pak jabit

Man Kadir (Pak Jabit) turut bersama di atas pentas #AmaranPRU di Terengganu

FEB 12: Roadshow #AmaranPRU SAMM meneruskan aksi di pantai timur naik ke Kelantan. Selesai taklimat dan pengagihan bahan risalah di Markas PAS Pantai Irama Bachok, program Ceramah Umum pada sebelah malam punyai dua lokasi iaitu di Batu 2 Jalan Kuala Krai, Kota Bharu dan juga di Wakaf Baru. Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar antara penceramah yang membintangi Roadshow di Kelantan.

Taklimat Bachok

Taklimat dan agihan bahan risalah di Bachok

ceramah di kelantan

Ceramah Perdana di Kota Bharu

Ceramah Wakaf Baru

Ceramah Perdana di Wakaf Baru

FEB 13: Hari ketiga Roadshow #AmaranPRU di Pantai Timur, SAMM menyelusuri sepanjang negeri Terengganu untuk ke Kuantan, Pahang yang merupakan destinasi terakhir dalam siri di pantai timur. Kuantan dipilih sebagai lokasi Ceramah Perdana dan istimewanya ceramah malam ini turut menampilkan Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mat Sabu sebagai penceramah yang turut bersama dalam Roadshow #AmaranPRU.

abg mat

Timbalan Presiden PAS di Pentas #AmaranPRU

Gambar Roadshow Pahang

Dataran Rakyat, Jalan Berserah Kuantan

Roadshow #AmaranPRU ke Sabah

Setakat ini Roadshow #AmaranPRU baru sahaja selesai menjelajahi pantai timur semenanjung setelah selesai jelajah 5 negeri di tengah dan selatan tanahair. Mengikut jadual yang telah disusun, SAMM seterusnya melebarkan sayap gerakan menyeberangi Lautan China Selatan membawa bahan dan maklumat yang dibekalkan ABU ke Sabah untuk program selama dua hari iaitu pada 16 dan 17 Februari 2013.

FEB 16: Di Sabah, SAMM berkolaborasi dengan gerakan yang kini sedang ampuh menggegar Sabah – Angkatan Perubahan Sabah. Antara pimpinan yang akan bersama dalam aksi dua hari ini adalah termasuk DS Wilfred Bumburing dan Datuk Kalakau Untol. Ceramah Perdana akan berlangsung di Kg Roun dan satu pertemuan anak muda Sabah akan diadakan.

Prog Sabah 16 hb

FEB 17: Program hari kedua di Sabah, Roadshow #AmaranPRU akan bergerak ke Papar untuk satu lagi ceramah umum dan pertemuan anak muda Sabah.

Prog Sabah 17 hb

Roadshow #AmaranPRU ke Utara Semenanjung

Seterusnya tanpa melengah masa, sekembali dari Sabah SAMM akan terus bergerak ke utara tanahair bermula 18 Februari hingga 21 Februari untuk aksi Roadshow #AmaranPRU siri utara. Berikut adalah tentatifnya.

FEB 18: Taklimat dan agihan bahan risalah akan berlangsung jam 3 petang di Kompleks PAS Perlis, Jln Kg Pondok Kangar dan disambung HiTea pada jam 5 petang di Batu 5 1/4 jln kaki bukit (kg paya). Acara kemuncak iaitu Ceramah Perdana akan diadakan di Kg Pida 4 lama, Jln Behor Mentalon, Arau Perlis. (019-4342244)

roadshow perlis

FEB 19: Roadshow #AmaranPRU peringkat Kedah, Taklimat dan agihan bahan risalah akan diadakan di Yayasan Aman Sg Petani, dan program kemuncak Ceramah Perdana pula akan berlangsung di Kg Sungai Layar Hujung, Sg Petani. Antara penceramah yang akan menghangatkan aksi #AmaranPRU adalah termasuk Chegubard, Haris Ibrahim, Ust Mizan, Zamri Yusof. (017-5568557)

ceramah kedah

FEB 20: Untuk Pulau Pinang, Taklimat dan agihan bahan risalah akan diadakan di Chinese Muslim Restaurant, Bayan Baru dan Ceramah Umum akan berlangsung di Bukit Panchor, Nibong Tebal. Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng antara penceramah dijangka akan turut serta dalam Roadshow #AmaranPRU peringkat P.Pinang. (012-4702074)

penang banner

FEB 21: Roadshow #AmaranPRU peringkat Perak merupakan siri terakhir jelajah sebelum acara paling kemuncak di Kuala Lumpur. Taklimat dan agihan bahan risalah akan diadakan berhampiran dengan tapak ceramah dijangka akan berlangsung sebelum acara kemuncak Ceramah Perdana bermula. Lokasi pentas terletak di Kg Gajah, Perak. YB Nizar akan bersama dalam acara kemuncak siri terakhir ini. Venue di bawah adalah venue ke-4 setelah beberapa kali ditukar, antaranya ialah kerana tuan tanah diugut regim berkuasa.

Roadshow Perak

KEMUNCAK: ROADSHOW #AmaranPRU ke Kuala Lumpur

FEB 22: KEMUNCAK – KONVENSYEN TUNTUTAN RAKYAT DAN PENYERAHAN REFERANDUM RAKYAT KEPADA PAKATAN RAKYAT. DEWAN PERHIMPUNAN CINA (KLSCAH). 9PM-12PM.

Tarikh 22 Februari menjadi kebarangkalian terbesar parlimen negara dibubarkan. Maka pada tarikh ini juga akan berlangsung di dewan cina, satu acara terpenting dalam sejarah reformasi negara. Konvensyen ini adalah penyatuan rakyat menentang penipuan PRU seraya mempertahankan hak demokrasi. Ini asimilasi sebenar rakyat untuk melangkah ke era baru, perubahan.

Inilah rentetan Roadshow #AmaranPRU setakat hingga tarikh 15 Februari 2013, kolaborasi SAMM-ABU bersama beberapa organisasi massa termasuklah kumpulan mahasiswa. InshaAllah selepas ini, akan dibentangkan secara terperinci ‘Operasi Asap’ atau ‘Smoke Operation’ yang bakal bermula secara menyeluruh, fasa demi fasa.

gamber pilian

Gambar Pilihan Roadshow #AmaranPRU

Sekian, Laporan disediakan oleh;

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com
email: [email protected]
@edyesdotcom

 

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.