Home » All Post, Headlines, SAMM

SAMM Sambut Baik Kepulangan Bala Menghurai Segala Kecelaruan Kes Altantuya

Submitted by on February 22, 2013 – 5:37 PMOne Comment

bala

Kenyataan Terbuka
22 Februari 2013

SAMM Sambut Baik Kepulangan Bala Menghurai Segala Kecelaruan Kes Altantuya

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan berbesar hati menyambut kepulangan P.Balasubramaniam (PI Bala). Beliau dijangka sampai ke Malaysia pada 24 Februari ini jam 6.00 petang dan SAMM mengajak orang ramai turut bersama menjemput PI Bala di KLIA.

PI Bala telah menghilangkan diri secara misteri selepas menukar pengakuan bersumpahnya dan muncul beberapa kali di media alternatif membuat pendedahan sensasi yang membabitkan nama besar sebelum ini. Kepulangan PI Bala bakal menghurai segala kecelaruan yang menyelubungi kes pembunuhan Altantuya khususnya.

PI Bala adalah susuk yang penting kerana beliau merupakan orang yang terakhir bertemu Altantuya sebelum kematiannya yang penuh tragis.

Justeru, SAMM dalam masa terdekat akan menyediakan ruang dan pentas berskala besar untuk PI Bala memberi penerangan dan penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

che’GuBard

Ketua Penyelaras SAMM

One Comment »

  • Dr. Ahmad Budiman Husain says:

    Tapi pelaku/pembuat angkara akan terus menidakkan atau hanya berdiam diri sebab kuasa masih ditangan! Itu skrg ni sdg gelabah semacam takut di adili di mahkamah seterus…..terpulang kpd hakim dan ketentuan Tuhan adanya.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.