Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media

Sertai Chegubard Serta 50 Anak Muda SAMM Menderma Darah dan Ikrar Derma Organ Anjuran Wanita Muda SAMM

Submitted by on February 22, 2013 – 6:29 PMNo Comment

banner derma darah

Kenyataan Terbuka
22 Februari 2013

Sertai Chegubard Serta 50 Anak Muda SAMM Menderma Darah dan Ikrar Derma Organ Anjuran Wanita Muda SAMM

Chegubard bersama 50 komrad Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sedia untuk menderma darah dan menurunkan tandatangan ikrar menderma organ dalam satu program yang akan berlangsung 24 Februari ini bertempat di Pusat Darah Negara.

Program “Setitis Darah Sejuta Harapan & Jom Derma Organ” anjuran segmentasi Wanita Muda SAMM dengan kerjasama Pusat Darah Negara dan Pusat Sumber Transplan Nasional merupakan aktiviti murni yang mampu menyelamatkan banyak nyawa, dan sebagai jalan memperluas kempen derma darah dan organ. Ia juga sebagai signifikasi yang besar buat anak muda kerana sedia berkorban diri demi tanahair.

SAMM menyeru dan merayu menyeru orang ramai khususnya anak muda untuk turut bersama menderma darah dan bersama ikrar derma organ, atau sekurang-kurangnya memberikan sokongan ke atas gerakan anak muda pendesak perubahan.

Maklumat terperinci program adalah seperti di bawah;

Program: Setitis Darah Sejuta Harapan & Jom Derma Organ
Tarikh: 24 Februari
Masa: 10pg – 3ptg
Lokasi: Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak (Sebelah Tasik Titiwangsa)
Pertanyaan: 013-5918017, 013-6437033

Walaupun SAMM dikenali dengan sifat radikal anak muda, namun tanggungjawab kepada negara, nusa dan bangsa tidak dilepaskan. Sesungguhnya derma darah ini juga ‘radikal’ dalam maksud keberanian yang memberi manfaat kepada semua.

SAMM menyifatkan kempen seperti derma darah dan organ ini wajar diperluas agar terus mendapat sambutan yang akhirnya mampu menyelamatkan lebih banyak nyawa. Menderma darah dan organ bukan sahaja mampu menyelamatkan orang yang tidak dikenali, malah juga terdapat kebarangkalian orang yang diselamatkan itu adalah teman-teman dan saudara sendiri.

Justeru, ayuh bersama SAMM menderma darah dan bersama memupuk kesedaran betapa keperluan menderma organ kepada yang memerlukan itu adalah satu usaha yang luhur lagi mulia.

che’GuBard

Ketua Penyelaras SAMM

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.