Home » All Post, Headlines

Standard PM di bawah artis Korea? – FMT

Submitted by on February 15, 2013 – 3:46 PMNo Comment

Najib tidak sepatutnya membiarkan dirinya dimalukan sehingga menjadi bahan ketawa apabila mendapat liputan meluas media antarabangsa.

Edy-Noor-Reduan-300x200

PETALING JAYA: Tindakan membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpinga-pinga di pentas semasa acara ‘makan besar’ di Pulau Pinang Isnin lalu dianggap memalukan.

Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edy Noor Reduan berkata, Najib tidak sepatutnya membiarkan dirinya dimalukan sehingga menjadi bahan ketawa apabila mendapat liputan meluas media antarabangsa.

“Apakah peristiwa ini memberi gambaran betapa ‘standard’ Perdana Menteri Malaysia hanya berada di bawah seorang artis Korea,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, SAMM berpendapat sudah sampai masanya Najib  berundur secara terhormat kerana telah memalukan negara selepas beberapa kali berdepan dengan peristiwa memalukan.

“Bagi SAMM, malu ini bukanlah percuma. Mengikut resam kebiasaan, orang membayar satu jumlah untuk mengelak dari mendapat malu tetapi apa yang berlaku terhadap Najib, Umno dan BN adalah sebaliknya.

“Inilah satu-satunya kes malu yang ‘dibayar’ dengan harga yang tinggi, difahamkan dari laporan media melebihi RM2 juta,” katanya.

Kredibiliti Najib dilihat tercalar apabila penyanyi antarabangsa, Psy dikatakan enggan naik ke pentas menggaul Loh Sang walaupun dipanggil berkali-kali oleh pengacara majlis.

Najib serta beberapa pemimpin BN termasuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansur dibiarkan berdiri tercegat sambil menanti kehadiran Psy kira-kira lima minit sehingga membantutkan acara tersebut.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.